Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Akan Buang Gambar Tak Senonoh Anda Dari Carian, Jika Anda Minta

Google Akan Buang Gambar Tak Senonoh Anda Dari Carian, Jika Anda Minta

Diterbitkan Ogos 8, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 8, 2023 oleh ariff bukhari

Google telah melancarkan dasar baharu yang membenarkan pengguna meminta agar foto peribadi mereka yang tak senonoh secara seksual dialih keluar daripada hasil cariannya.

Ciri baharu itu dikenali sebagai ‘Results about you‘ di mana ia adalah salah satu daripada 3 kemas kini yang dikatakan Google bertujuan untuk memberi pengguna lebih kawalan ke atas kandungan tentang diri mereka yang dijumpai melalui enjin carian mereka.

Sebenarnya ciri itu sudah pun dilancarkan tahun 2022 lalu sebagai alat untuk memudahkan anda meminta mengalih keluar hasil carian yang mengandungi nombor telefon peribadi, alamat rumah atau e-mel anda.

Tetapi ia kini dikemas kini dan ditambah baik di mana anda akan boleh mengakses ciri ini terus dari dalam aplikasi Google dengan klik pada foto akaun Google anda dan memilih “Results about you“.

Animation showing Results about you tool

Ciri ini masih dalam peringkat pembangunan tetapi Google memaklumkan ia akan ditawarkan sedikit masa lagi yang akan mula tersedia kepada pengguna di dalam A.S dahulu.

Kemudian penawaran ciri ini akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia secara berperingkat.

Berkaitan

  • Saintis Jepun Dedah Warna Baju Yang Paling Banyak Serap Haba
  • 5G Rahmah: Pascabayar RM60/Bulan Untuk 60GB, Telefon 5G Serendah RM240
  • Jangan Terpedaya Dengan E-mel Saman Trafik Palsu

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY