Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Games Beta on PC

Ini Cara Memasang Google Play Games Beta Di PC Windows Anda

Diterbitkan Mei 16, 2023 · Dikemas kini Mei 16, 2023 oleh ariff bukhari

Google sudah mula menawarkan kepada pengguna di lebih banyak negara bagi akses awal untuk mencuba Google Play Games pada PC.

Pada awalnya, Google Play Games Beta pada PC hanya ditawarkan di 3 buah negara terpilih sahaja iaitu Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan.

Tetapi kini ia mula ditawarkan dengan lebih banyak negara termasuklah:-

  • Australia
  • Brazil
  • Kanada
  • Hong Kong
  • Indonesia
  • Jepun
  • Korea
  • Malaysia
  • Mexico
  • Filipina
  • Singapura
  • Taiwan
  • Thailand
  • Amerika Syarikat

Google Play Games Beta untuk PC ini merupakan sebuah perkhidmatan permainan Android yang membenarkan anda untuk bermain di PC atau komputer riba Windows anda.

Jadi, permainan tersebut tidak terhad kepada pemain di telefon dan tablet sahaja.

Anda juga boleh memajukan permainan yang dimainkan  sama ada di komputer atau peranti mudah alih.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi menggunakan Google Play Games Beta pada PC:-

Google Play Games on PC

Antara syarat bagi menggunakan Google Play Games Beta pada PC anda adalah menggunakan akaun google peribadi anda dan berumur 18 tahun dan ke atas.

Berikut adalah cara memasang Google Play Games Beta pada PC anda:-

1. Buka laman Google Play Games – Play Android games on PC dan muat turun fail Beta. Selesai muat turun fail, boleh teruskan dengan proses pemasangan.

Google Play Games Beta

2. Selepas dipasang, anda perlu log masuk ke dalam akaun Google anda.

Google Play Games Beta

3. Selepas selesai log masuk ke akaun Google anda, klik pada butang Looks good > Accept > Finish.

Google Play Games Beta
Google Play Games Beta
Google Play Games Beta

4. Sebelum anda memasang aplikasi permainan pertama anda itu, anda disyorkan untuk klik pada butang Continue yang akan memasang tetapan tambahan ke dalam komputer anda bagi membolehkan anda memainkan permainan di komputer tersebut.

Screenshot 2023-05-15 204522
Google Play Games Beta
Google Play Games Beta

5. Selepas itu restart komputer, anda bolehlah mula memuat turun dan memasang aplikasi permainan dari platform Google Play Games ke dalam komputer anda.

Google Play Games Beta

Pengalaman bermain aplikasi permainan yang biasa dimainkan di telefon pintar sememangnya memberikan kepuasan dari segi saiz paparan khususnya.

Cuma ia akan mengambil sedikit masa untuk anda menyesuaikan diri terutamanya dari aspek kawalan permainan.

WhatsApp Image 2023-05-15 at 21.35.00

Prestasi permainan dan grafik pula bergantung kepada kuasa pemprosesan yang digunakan pada komputer anda.

Tetapi setakat ini, bermain permainan Android berplatformkan Google Play Games Beta di Windows 11 adalah lancar dan memuaskan.

Selamat mencuba.

Berkaitan

  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
  • Cara Mudah Buka Akaun CIMB OctoSavers Secara 'Online'
  • Google Tawar Harga 'Trade-In' Yang Tinggi Untuk Pengguna iPhone Beralih Ke Pixel 7a Dan Pixel Fold

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY