Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Memadam Lebih Daripada Satu Aplikasi Serentak Pada Android

Jangan Muat Turun Aplikasi Palsu Samsung Ini Dari Google Play Store

Diterbitkan November 16, 2022 oleh ariff bukhari

Samsung telah melancarkan aplikasi baharu yang dikenali sebagai DropsShip untuk telefon pintar Samsung dengan One UI 5.

Aplikasi tersebut membolehkan pengguna berkongsi fail bersama dengan peranti-peranti lain seperti telefon pintar, tablet dan komputer.

Walaubagaimanapun, terdapat cubaan dari pembangun pihak ketiga (Assert Studio) mengambil kesempatan dengan menyerupai aplikasi tersebut dan menawarkannya di Google play Store untuk dimuat turun pengguna Android.

Walhal buat masa ini, aplikasi DropShip asli yang dibangunkan oleh Samsung sebenarnya hanya ditawarkan menerusi Galaxy Store dan pada pengguna di Korea Selatan sahaja buat masa ini.

WhatsApp Image 2022-11-16 at 16.22.58

Apabila aplikasi itu dipasang, ia tidak memberikan sebarang fungsi. Sebaliknya hanya berpura-pura berfungsi. Apa yang anda dapat apabila aplikasi itu dibuka adalah paparan skrin yang mengatakan “Aplikasi ini perlu dikemas kini”.

Pembangun ini juga sebelum ini pernah menawarkan aplikasi palsu Nothing Ear. Selain itu terdapat 2 lagi aplikasi dari pembangun tersebut iaitu Victoria 3 dan Assert Studio Testing Tool.

WhatsApp Image 2022-11-16 at 12.30.54

Jadi, bagi mengelakkan perkara buruk terjadi, adalah lebih baik anda abaikan dan tidak memuat turun aplikasi tersebut yang bukan asli dari Samsung.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Google Chrome Adalah Pelayar Yang Paling Terdedah Kepada Kerentanan Tahun 2022 - Atlas VPN
  • Snapdragon 8 Gen 2 Diperkenalkan - Lebih Pantas Dan Efisien, Wi-Fi 7, Spatial Audio
  • Snapdragon 8 Gen 2 Dibina Untuk Sensor 1 Inci, Kamera 200MP, Rakaman 8K

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY