Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kapal Selam Titan

Buat Kali Pertama Serpihan Kapal Selam Titan Yang Musnah Dilihat

Diterbitkan Jun 29, 2023 · Dikemas kini Jun 29, 2023 oleh ariff bukhari

Serpihan dari kapal selam Titan telah dibawa naik ke darat oleh robot laut dalam pada hari Rabu ketika Pengawal Pantai AS meneruskan operasi mendapatkan kapal selam itu.

Bangkai Titan dilihat buat pertama kali dalam gambar selepas Pengawal Pantai mengumumkan pada 22 Jun bahawa kenderaan kawalan jauh ROV menemui serpihan kapal selam malang itu kira-kira 12,000 kaki di bawah permukaan lautan yang terletak kira-kira 1,600 kaki dari haluan Titanic.

Pelagic Research Services, syarikat yang mengendalikan ROV yang membuat penemuan serpihan sebelum ini berkata, pada hari Rabu bahawa pasukannya telah berjaya menyelesaikan operasi luar pesisir selepas 10 hari bekerja.

Buat Kali Pertama Serpihan Kapal Selam Titan Yang Musnah Dilihat
Buat Kali Pertama Serpihan Kapal Selam Titan Yang Musnah Dilihat

Gambar dari dermaga menunjukkan beberapa keping kapal selam itu diangkat dari kapal, termasuk kon hidung dengan tingkap bulatnya. Kepingan itu dipunggah dari kapal Amerika Sycamore dan Horizon Arctic di sebuah pelabuhan di St John’s, Newfoundland.

Pengawal Pantai AS enggan mengulas mengenai siasatan atau pemulangan serpihan itu ke darat.

Wakil Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada (TSB) yang kedua-duanya terlibat dalam siasatan itu juga enggan mengulas.

Titan adalah kapal selam pelancong yang dikendalikan oleh syarikat OceanGate Expeditions.

Ia berupaya membawa 5 penumpang yang ingin melawat ke lokasi bangkai kapal Titanic di dasar Lautan Atlantik.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kapal Selam Titan
  • CelcomDigi Fibre Kini Hadir Dengan Pelan Langganan Lebih Pantas, Sehingga 1Gbps
  • Penjenayah Guna TikTok Dan WeChat Untuk Mengedar Dadah - PDRM

Sumber: Independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY