Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Street View Menyambut Ulang Tahun Ke-10 Mereka

Google Street View Menyambut Ulang Tahun Ke-10 Mereka

Diterbitkan Jun 1, 2017 oleh Wiser MY

Mungkin di Malaysia, Google Street View dianggap baru tetapi perkhidmatan itu telah beroperasi selama 10 tahun sejak ia dilancarkan.

Apa yang bermula sebagai projek yang kecil, sekarang sudah mempunyai imej dari beberapa negara dari setiap benua di dunia.

Dari Google Street View ini juga telah berjaya mewujudkan beberapa aplikasi menarik menerusi VR dan terbukti menjadi alat pengajaran di seluruh dunia di mana dapat memberi akses kepada sesiapa yang ingin berkunjung secara maya.

Pengasas bersama Google, Larry Page mempunyai idea asal untuk mencipta map imej 360 darjah mengenai dunia.

Ini merupakan penyelesaian darinya untuk persoalan teleportation, berkembara ke mana-mana di seluruh dunia pada bila-bila masa.

Syaratnya mudah: Anda memerlukan telefon pintar atau sebuah komputer.

Google mengambil projek ini dari Universiti Standford pada tahun 2004.

Mereka bermula di kawasan sekitar San Francisco dan mula mengembangkannya ke negara lain.

Google Street View Menyambut Ulang Tahun Ke-10 Mereka

Pasukan ini juga menghadapi masalah apabila tidak semua laluan boleh dilalui oleh kereta Google Street View dan mereka menyelesaikannya dengan menggunakan Trekker.

Trekker merupakan kamera Street View yang berbentuk beg galas dan boleh dibawa oleh operator ke tempat-tempat yang agak mustahil untuk kenderaan.

Dengan alat ini, pemandangan seperti di Gunung Fuji boleh diambil dan dipersembahkan ke dalam Google Street View.

Jadi selamat ulangtahun ke-10 Street View..

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY