Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google pixel

Google Sahkan Pixel 5 Akan Diperkenal Pada 30 September Ini

Diterbitkan September 15, 2020 oleh Amalina Athman

Menerusi jemputan yang dihantar, Google kini mengesahkan acara pelancaran melalui penstriman langsung akan diadakan pada 30 September ini. Pada acara ini, Google akan melancarkan barisan produk termasuk Pixel 5.

pelancaran Pixel 5

Acara “Launch Night In” dijadualkan berlangsung pada 11AM PT, 30 September 2020. Menerusi laman FAQ, Google mengesahkan acara ini akan disiarkan kepada umum.

Selain Pixel 5, Google turut dijangka akan memperkenalkan Pixel 4a 5G, Chromecast baharu dan sebagainya. Pada kalendar jemputan, Google menyatakan,

“We invite you to learn all about our new Chromecast, our latest smart speaker and our new Pixel phones.”

Buat masa ini, hanya beberapa maklumat yang disertakan oleh Google. Google masih belum mengumumkan bagaimana acara ini diadakan. Menjelang pelancaran pada 30 September ini, dijangka lebih banyak maklumat mengenai acara ini akan diumumkan.

Sumber: Google via 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY