Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Sahkan Acara Pixel Pada 21 Ogos – Ini Yang Dijangka

Google Sahkan Acara Pixel Pada 21 Ogos – Ini Yang Dijangka

Diterbitkan Julai 17, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini mengesahkan bahawa acara pelancaran produk Pixel tahun ini akan berlangsung pada 21 Ogos 2025, jam 1 pagi waktu Malaysia.

Menerusi jemputan yang dihantar, syarikat itu memaklumkan akan memperkenalkan penambahan terkini dalam barisan peranti Pixel.

Google Pixel event is official: August 20, just a few weeks before Apple. pic.twitter.com/DbyfMoo7MX

— Mark Gurman (@markgurman) July 16, 2025

Antara peranti yang dijangka diumumkan termasuk Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold, bersama barisan aksesori pengecasan serba baharu.

Walaupun rekaan fizikal dikatakan hampir sama dengan generasi terdahulu, tumpuan kali ini dilihat lebih terarah kepada perisian dan ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI). Salah satu perubahan paling ketara ialah penggunaan cip Tensor G5 yang kini dibangunkan oleh TSMC, menggantikan Samsung sebagai pengeluar.

Siri Pixel 10 juga dijangka menjadi yang pertama menjalankan Android 16 QPR1 bersama Material 3 Expressive, iaitu kemas kini antara muka yang menawarkan gaya visual lebih dinamik dan diperibadikan.

Bagi kategori boleh pakai, ura-ura mengatakan Pixel Watch 4 mungkin hadir dengan bateri lebih besar serta rekaan yang sedikit lebih tebal berbanding versi sebelum ini.

Walaupun tidak banyak maklumat yang tertiris mengenai Pixel Buds, beberapa laporan mendakwa syarikat itu bersedia melancarkan satu lagi fon telinga mampu milik, iaitu Pixel Buds 2a.

Acara pelancaran ini dijangka disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube rasmi Google.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Google Dilapor Akan Guna Cip Tensor Berasaskan TSMC Hingga Pixel 14
  • Pixel 10 Pro Muncul Dalam Penggambaran Iklan, Rekaan Masih Sama
  • Android 16 Versi Stabil Kini Tiba Untuk Pixel - Ini Yang Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY