Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Membelanjakan Hampir $60Bilion Pada Aplikasi Sepanjang Tahun 2017

Google Play Dilapor Sekat DO Global, Pembangun Aplikasi Yang Sudah Mempunyai Lebih 600 Juta Muat Turun

Diterbitkan April 28, 2019 ยท Dikemas kini April 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Lebih dari 100 aplikasi milik pembangun DO Global dilaporkan telah dipadam dan mereka juga disekat dari gedung Google Play.

Memetik laporan dari BuzzFeed, tindakan terbabit diambil oleh Google selepas DO Global dikenal pasti terlibat dalam salah laku berkaitan iklan.

Sudah mempunyai lebih 600 juta muat turun dari aplikasi-aplikasi yang diterbitkan pada Google Play, difahamkan sebahagian daripada DO Global dimiliki oleh firma teknologi China, Baidu.

Berdasarkan kenyataan DO Global pada BuzzFeed, mereka meminta maaf serta mengakui “penyelewangan” aplikasi itu dan menerima keputusan sekatan dari Google.

Selain daripada itu, salah satu aplikasi popular adalah ES File Manager juga dikatakan sudah dipadam dari Google Play. Ia tersenarai sebagai aplikasi dari ‘ES Global’ tetapi sebenarnya dimiliki oleh ‘Du Global’ yang juga merupakan sebahagian daripada DO Global.

Langkah Google memadamkan sejumlah aplikasi popular dari Google Play sudah dilakukan beberapa minggu lalu. Enam daripadanya adalah milik DU Group seperti aplikasi Selfie Camera yang dimuat turun 50 juta kali. Dikatakan, ia terkandung dengan kod yang akan menyebabkan iklan ditekan secara automatik tanpa pengetahuan pengguna. Difahamkan, ia juga berlaku ketika pengguna tidak menggunakan aplikasi tersebut yang menjurus kepada penurunan kuasa bateri dan penggunaan data.

Sumber: BuzzFeed dan Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY