Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Veo_1

Google Perkenal Saingan OpenAI Sora Untuk Janaan Video AI

Diterbitkan Mei 15, 2024 · Dikemas kini Mei 15, 2024 oleh Amalina Athman

OpenAI tiga bulan lalu telah melancarkan model teks-ke-video, iaitu Sora. Kini, Google mengumumkan saingan model video AI generatif itu yang dinamakan sebagai Veo.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Google Perkenal Ciri Carian Baru Untuk Photos, 'Ask Photos' Dikuasakan AI Gemini

Diumumkan semasa persidangan pembangun I/O, Google berkata Veo merupakan model video AI generatif yang boleh menjana video beresolusi 1080p berkualiti tinggi dengan melebihi 60 saat dalam pelbagai jenis gaya sinematik dan visual.

✍️ Prompt: “Many spotted jellyfish pulsating under water. Their bodies are transparent and glowing in deep ocean.” pic.twitter.com/y9SmNd8NK0

— Google DeepMind (@GoogleDeepMind) May 14, 2024

Menurut Google, Veo boleh menangkap nuansa dan nada gesaan dengan tepat, serta menyediakan tahap kawalan kreatif “yang belum pernah berlaku sebelum ini” – dapat memahami gesaan untuk semua jenis kesan sinematik, seperti time lapse atau aerial shots landskap.

Pengguna boleh mengarahkan output yang mereka inginkan menggunakan gesaan teks, imej atau berasaskan video, dan Google mengatakan bahawa video yang terhasil adalah lebih konsisten – menggambarkan pergerakan yang lebih realistik untuk orang, haiwan dan objek.

✍️ Prompt: “A woman sitting alone in a dimly lit cafe, a half-finished novel open in front of her. Film noir aesthetic, mysterious atmosphere. Black and white.” pic.twitter.com/vFVXr4Cvxi

— Google DeepMind (@GoogleDeepMind) May 14, 2024

Dalam beberapa minggu akan datang, beberapa ciri ini akan tersedia untuk pencipta kandungan terpilih melalui VideoFX, iaitu alat percubaan baharu di labs.google. VideoFX tersedia dalam pratonton peribadi bermula di Amerika Syarikat dan pengguna boleh mendaftar untuk menyertai senarai tunggu.

Pada masa hadapan, Google juga akan membawa beberapa keupayaan Veo kepada YouTube Shorts dan produk lain.

Sumber: Google DeepMind

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY