Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Gemma 3 – Sokongan 128K Tetingkap Konteks, Boleh Beroperasi Pada Satu GPU

Google Perkenal Gemma 3 – Sokongan 128K Tetingkap Konteks, Boleh Beroperasi Pada Satu GPU

Diterbitkan Mac 13, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas lebih setahun melancarkan versi 1 pada Februari 2024 dan versi 2 pada Mei, Google hari ini memperkenalkan Gemma 3 sebagai model terbuka terkini untuk pembangun.

Menurut Google, model ini direka untuk beroperasi dengan pantas secara terus pada pelbagai peranti – daripada telefon dan komputer riba hingga ke stesen kerja – bagi membantu pembangun mencipta aplikasi AI di mana sahaja ia diperlukan.

Gemma 3 dibangunkan berasaskan penyelidikan dan teknologi sama yang menggerakkan model Gemini 2.0. Ia tersedia dalam pelbagai saiz, termasuk 1B, 4B, 12B dan 27B, membolehkan pembangun memilih model paling sesuai mengikut keperluan perkakasan.

Google turut mendakwa bahawa Gemma 3 ialah model paling berkuasa yang boleh dijalankan pada satu GPU atau TPU. Dalam penilaian LMArena, ia berjaya mengatasi Llama-405B, DeepSeek-V3, dan o3-mini.

Google Perkenal Gemma 3 – Sokongan 128K Tetingkap Konteks, Boleh Beroperasi Pada Satu GPU
Google Perkenal Gemma 3 – Sokongan 128K Tetingkap Konteks, Boleh Beroperasi Pada Satu GPU

Selain itu, model ini juga mempunyai keupayaan penaakulan teks dan visual yang canggih untuk menganalisis imej, teks dan video pendek pada model bersaiz 4B ke atas. Ia turut menyokong tetingkap konteks 128K token serta lebih 35 bahasa secara default, dengan sokongan pra-latihan untuk lebih 140 bahasa.

Dari segi keselamatan, ShieldGemma 2 diperkenalkan sebagai pemeriksa keselamatan imej 4B yang berkuasa, dibina berasaskan teknologi Gemma 3. Ia menyediakan penyelesaian sedia ada untuk keselamatan imej, menghasilkan label keselamatan dalam tiga kategori utama: kandungan berbahaya, unsur seksual eksplisit, dan keganasan.

Pembangun juga boleh menyesuaikan ShieldGemma 2 mengikut keperluan keselamatan dan pengguna mereka. Sebagai model terbuka, ia menawarkan fleksibiliti dan kawalan, memanfaatkan prestasi serta kecekapan seni bina Gemma 3 bagi menyokong pembangunan AI yang lebih bertanggungjawab.

Berkaitan

  • Google Perkenal Gemma - Model AI Sumber Terbuka
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Pengguna Google Workspace Kini Boleh Hasilkan Imej AI Terus Dari Gmail
  • Google Bayar Pemburu Pepijat Lebih RM52 Juta Pada Tahun 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY