Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google willow_

Google Perkenal Cip Kuantum Willow – Mampu Selesaikan Pengiraan 10 Septillion Tahun Dalam Kurang 5 Minit

Diterbitkan Disember 10, 2024 · Dikemas kini Disember 10, 2024 oleh Amalina Athman

Google kini mengumumkan Willow, iaitu cip kuantum terbaharu yang menawarkan prestasi terkini merentasi beberapa metrik.

Dalam ujian penanda aras, cip Willow mampu menyelesaikan pengiraan standard dalam masa kurang lima minit, satu proses yang menurut Google akan mengambil masa 10 septillion tahun bagi salah satu superkomputer terpantas di dunia, Frontier. Jika ingin menulisnya, ia adalah 10,000,000,000,000,000,000,000,000 tahun – nombor yang jauh melebihi usia alam semesta.

Google Perkenal Cip Kuantum Willow – Mampu Selesaikan Pengiraan 10 Septillion Tahun Dalam Kurang 5 Minit

Selain itu, ia juga boleh mengurangkan ralat secara eksponen apabila menggunakan qubit – unit pengiraan dalam superkomputer kuantum, yang lebih banyak. Cip ini mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan cabaran utama dalam pembetulan ralat kuantum selama hampir 30 tahun.

Google Perkenal Cip Kuantum Willow – Mampu Selesaikan Pengiraan 10 Septillion Tahun Dalam Kurang 5 Minit

Seperti dinyatakan Google, qubit terdedah kepada ralat kerana mempunyai kecenderungan untuk bertukar maklumat dengan persekitarannya, yang menjadikannya sukar untuk melindungi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan pengiraan. Kebiasaannya lebih banyak qubit digunakan, lebih banyak ralat yang akan berlaku.

Walau bagaimanapun, penyelidik Google menemui cara yang menunjukkan bahawa lebih banyak qubit digunakan dalam Willow, semakin banyak ralat dapat dikurangkan.

Introducing Willow, our new state-of-the-art quantum computing chip with a breakthrough that can reduce errors exponentially as we scale up using more qubits, cracking a 30-year challenge in the field. In benchmark tests, Willow solved a standard computation in <5 mins that would…

— Sundar Pichai (@sundarpichai) December 9, 2024

Dengan 105 qubit, Willow “mempunyai prestasi terbaik dalam kelasnya” merentasi dua penanda aras – pembetulan ralat dan pensampelan litar rawak.

Google Perkenal Cip Kuantum Willow – Mampu Selesaikan Pengiraan 10 Septillion Tahun Dalam Kurang 5 Minit

Berkaitan

  • Aplikasi Google Gemini Kini Tersedia Untuk iPhone
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Google Photos Kini Hadir Dengan Fungsi Baharu - 'Undo Backup'
  • Google Kini Memperkenalkan Ciri Baharu Dalam Carian Web

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY