Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi gallery google photos

Google Photos Kini Hadir Dengan Fungsi Baharu – ‘Undo Backup’

Diterbitkan Disember 5, 2024 oleh Rushsyafizal

Google Photos memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan ‘undo device backup’, yang membolehkan pengguna menghapuskan sandaran di awan tanpa memadamkan fail di peranti mereka.

Ciri ini direka untuk memberikan kawalan lebih baik terhadap pengurusan fail foto dan video, terutamanya bagi mereka yang tidak mahu semua gambar dan video dimuat naik ke awan.

Ciri undo device backup memberi pengguna pilihan untuk memadam semua sandaran yang telah dimuat naik ke awan daripada peranti semasa, tanpa memadamkan fail asal di peranti.

Selepas proses ini selesai, fungsi sandaran akan dinyahaktifkan secara automatik, tetapi ia akan aktif semula untuk fail baharu.

Langkah-langkahnya mudah dan sama untuk pengguna iOS dan Android (apabila tersedia):

  1. Buka aplikasi Google Photos.
  2. Klik gambar profil di penjuru atas kanan.
  3. Pergi ke tetapan Google Photos > Sandaran (Backup).
  4. Pilih undo backup for this device.
  5. Tandakan kotak pengesahan, kemudian klik Delete Google Photos backup.

Melalui pengaktifan fungsi tersebut, ia akan mengurangkan risiko fail terhapus atau dipadam secara tidak sengaja dan memberi kawalan lebih terperinci terhadap fail mana yang ingin disimpan di awan. Malah, dapat membantu menjimatkan ruang storan awan.

Google mengatakan bahawa ciri baharu ini sudah tersedia pada peranti iOS dan akan ditawarkan buat telefon Android tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Konsol Permainan Kini Hampir Capai Had, Kata Bekas Bos PlayStation
  • Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu
  • Ganti Pasport Hilang, Rosak Percuma Untuk Mangsa Banjir - Jabatan Imigresen
  • Jaguar Type 00 Diperlihat, EV Radikal Tanpa Cermin Belakang

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY