Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Bard, Bakal Bersaing Dengan ChatGPT

Google Perkenal Bard, Bakal Bersaing Dengan ChatGPT

Diterbitkan Februari 7, 2023 · Dikemas kini Februari 7, 2023 oleh Amalina Athman

Google kini mengumumkan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dinamakan sebagai Bard. Masih dalam fasa percubaan, Bard merupakan platform perbualan AI yang dikuasakan oleh Language Model for Dialogue Applications (LaMDA). Program ini dijangka bakal bersaing dengan ChatGPT, iaitu program AI yang dibangunkan oleh OpenAI.

Berkaitan

  • ChatGPT Buat Google Dan Meta Pening Kepala 'Tak Keruan'
  • Jadi 'Fenomena', Baidu Juga Dilapor Mahu Lancar Aplikasi Seakan ChatGPT
  • Google Hanya Akan Bertahan 2 Tahun Saja Lagi Kerana ChatGPT
  • OpenAI Perkenal ChatGPT Plus, Harga Langganan Bawah RM100

CEO Alphabet Sundar Pichai berkata Google merancang untuk menambah ciri AI pada enjin cariannya yang menggabungkan bahan untuk pertanyaan kompleks dan pelbagai perspektif, seperti sama ada belajar gitar atau piano lebih mudah, atau mendalami topik berkaitan.

Bard is an experimental conversational AI service, powered by LaMDA. Built using our large language models and drawing on information from the web, it’s a launchpad for curiosity and can help simplify complex topics → https://t.co/fSp531xKy3 pic.twitter.com/JecHXVmt8l

— Google (@Google) February 6, 2023

Secara asasnya, Bard mempunyai keupayaan untuk menggabungkan keluasan pengetahuan dunia dengan kuasa, kecerdasan dan kreativiti.

Menurut Pichai, bermula hari ini mereka akan menawarkannya kepada “trusted testers” terlebih dahulu. Melalui fasa ujian ini, ia dijangka dapat membantu pihak Google untuk terus memahami dan meningkatkan kualiti serta kelajuan Bard.

Dalam beberapa minggu akan datang, Google menjangkakan ia akan tersedia lebih meluas kepada umum.

Sumber: Google

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
©2026 WISER.MY