Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google account_

Google Didapati Pautkan Nombor Telefon Kepada Semua Akaun Secara Automatik

Diterbitkan Oktober 20, 2026 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan memautkan nombor telefon pengguna kepada beberapa akaun Google yang log masuk pada peranti Android yang sama.

Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna yang sengaja mengasingkan akaun peribadi, kerja dan akaun sampingan mereka.

Menurut laporan, ramai pengguna hanya menyedari perkara tersebut selepas menerima notifikasi pengesahan nombor telefon daripada Google.

Ada antara mereka mendakwa tidak pernah memberikan kebenaran untuk pemautan itu.

Google menjelaskan bahawa pengesahan nombor telefon digunakan untuk menyokong beberapa ciri penting seperti pemulihan akaun, perkhidmatan kecemasan, RCS Messaging dan Quick Share.

Namun begitu, pengguna mempersoalkan implikasi privasi apabila nombor telefon yang sama dikaitkan dengan beberapa akaun berbeza secara automatik.

Jadi, bagi mereka yang mahu mengekalkan pemisahan antara akaun, Google menyediakan pilihan untuk mematikan ciri pengesahan automatik nombor telefon melalui  Settings > Google > All services > Phone number verification.

WhatsApp Image 2026-10-20 at 09.49.35

Walau bagaimanapun, sesetengah pengguna mendakwa tetapan tersebut diaktifkan semula secara automatik walaupun selepas dimatikan.

Selain itu, mematikan ciri tersebut juga tidak semestinya menghapuskan pautan nombor telefon yang telah diwujudkan sebelum ini.

Ekoran itu, pengguna perlu menyemak serta membuang nombor telefon secara manual pada akaun Google yang berkaitan sekiranya mahu memutuskan pautan tersebut.

Anda boleh membuangnya terus dari telefon Android anda melalui Settings > Google > Account > Manage your Google Account >  Personal info > Phone.

 

WhatsApp Image 2026-10-20 at 09.54.05
WhatsApp Image 2026-10-20 at 09.59.49

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
  • 9 Fungsi Gemini Notebook Yang Boleh Anda Cuba
  • NVIDIA Dilapor Pertimbang Singkirkan Jensen Huang Sebagai CEO
  • Menjelang Pelancaran GTA 6, Logitech Tawar Cuti Sehari Kepada 7,000 Pekerja Untuk Main 'Game' Pilihan
  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
©2026 WISER.MY