Ikuti kami di media sosial

Berita

Google Mengimbau Kembali Memori Perit Isu Bateri Nexus 6P Dengan Mereplikasi Masalah Sama Buat Pengguna Pixel 3

Avatar

Ditulis

pada

Jika anda masih lagi mengingati masalah utama yang berkait dengan peranti buatan Google-Huawei, Nexus 6p, ia adalah masalah bateri yang mati secara tiba-tiba dan juga isu bootloop yang berleluasa.

Isu tersebut mungkin berpunca daripada masalah perkakas peranti Nexus 6P yang tidak mampu diselesaikan melalui kemaskini perisian. Akhirnya, sebagai ganti rugi kepada pengguna peranti tersebut, Google dan Huawei bersetuju untuk membayar tunai sehingga $400USD.

Dan kini, terdapat laporan bahawa beberapa pengguna Google Pixel 3 juga mengalami masalah peranti mati secara tiba-tiba yang sama. Seorang pengguna Pixel 3 memuat kiriman ke Reddit berkongsikan masalah sedih peranti beliau mati secara tiba-tiba. Beliau telah mengemukakan aduan laporan kepada Google namun masih tiada jawapan yang dikembalikan.

Masalah bateri pada Pixel 3

Antara penyelesaian yang diperoleh melalui komen kiriman Reddit tersebut adalah hanya mengecas sehingga 100% sekali atau dua kali seminggu. Manakala komen yang lain pula meminta pemilik Pixel 3 untuk menghabiskan hayat bateri sehingga kosong dan mengecasnya semula sehingga penuh ketika peranti dimatikan.

Buat masa ini Google masih belum tampil memberikan kenyataan rasmi mengenai isu ini. Perlu diingatkan bahawa peranti lain seperti iPhone 6 dan iPhone 6S sebelum ini juga pernah mengalami isu yang sama. Walau bagaimanapun, ia adalah disengajakan berikutan prestasi bateri berusia yang lemah tidak mampu untuk mengendalikan tugasan peranti.

Sumber: PhoneArena

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular