29 Aplikasi Mencurigakan Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store

Baru-baru ini Google telah membuang sejumlah 29 aplikasi dari Play Store. Ini adalah kerana aplikasi-aplikasi ini akan hilang sebaik sahaja selepas dipasang. Kemudiannya akan mempamerkan iklan secara berulang-ulang kepada pengguna.

Ada juga antara aplikasi tersebut boleh menyelinap melepasi ciri keselamatan Play Protect pada Play Store. Penyelidik mendapati aplikasi-aplikasi ini tidak berfungsi dengan sepatutnya dan mempamerkan iklan hampir setiap masa yang memenuhi skrin peranti.

Tambahan lagi, salah satu dari aplikasi tersebut Square Photo Blur dilaporkan membuka pelayar web secara rawak dan tidak menentu.

Ini merupakan senarai penuh 29 aplikasi ini. Jika ada, anda seharusnya membuangnya dari peranti anda:

  1. Auto Picture Cut

  2. Color Call Flash

  3. Square Photo Blur v2.0.5

  4. Square Photo Blur v7.0

  5. Magic Call Flash

  6. Easy Blur

  7. Image Blur

  8. Auto Photo Blur

  9. Photo Blur

  10. Photo Blur Master

  11. Super Call Screen

  12. Square Blur Master

  13. Square Blur

  14. Square Blur Photo

  15. Smart Photo Blur

  16. Super Call Flash

  17. Smart Call Flash

  18. Blur Photo Editor

  19. Blur Image

  20. Super Blur

  21. Square Image Blur

  22. Super Blur Photo

  23. Super Photo Blur

  24. Photo Blur Editor

  25. Pro Blur Photo

  26. Auto Photo Cut

  27. Smart Call Screen

  28. test.com.flash.call.flashcall.cool

  29. com.auto.photo.editor.background.eraser.tool


Ada juga yang melaporkan jika anda memasang mana-mana aplikasi ini, ia akan hilang terus dari homescreen. Jadi, cara untuk membuang aplikasi ini adalah membuka Settings dan mencarinya dalam senarai penuh aplikasi yang dipasang.

Sebagai nasihat dan peringatan, jika anda tidak mahu tersilap memasang aplikasi, anda digalakkan untuk melihat ulasan dan juga penilaian pengguna lain untuk sesebuah aplikasi.

Kebiasaannya, aplikasi yang 'berniat jahat' akan mempunyai ulasan dan juga penilaian yang tidak elok.

Sumber: White Ops