Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebanyak 370.7 Juta Nama Domain Telah Didaftarkan Di Internet Setakat Ini

Sebanyak 370.7 Juta Nama Domain Telah Didaftarkan Di Internet Setakat Ini

Diterbitkan November 24, 2020 oleh Meor Hasyim

VeriSign kini telah mengeluarkan laporan terkini mengenai pendaftaran nama domain yang terdapat di Internet.

Menurut mereka, terdapat 370.7 juta nama domain yang telah didaftarkan setakat suku ketiga tahun ini.

Antara dari jumlah tersebut, nama domain “.com” merupakan domain dengan jumlah terbanyak dengan pendaftaran sebanyak 150.3 juta.

Sebanyak 370.7 Juta Nama Domain Telah Didaftarkan Di Internet Setakat Ini

Lain-lain domain yang popular termasuk juga:

  • .tk – 27.5 juta pendaftaran
  • .cn – 24.7 juta pendaftaran
  • .de – 16.6 juta pendaftaran
  • .net – 13.4 juta pendaftaran
  • .uk – 10.8 juta pendaftaran
  • .org – 10.2 juta pendaftaran

Melalui laporan VeriSign, mereka juga mendedahkan jumlah keseluruhan pendaftaran nama domain adalah meningkat kepada 0.2% berbanding dari suku kedua 2020.

Jika dibandingkan dengan suku ketiga tahun 2019, ia meningkat sebanyak 3.0%.

Tambah lagi dengan musim kuarantin di rumah, sudah tentu semakin ramai peniaga yang mula memfokuskan kepada perniagaan berasaskan digital secara tidak langsung mendaftarkan nama domain perniagaan di internet.

Sumber: VeriSign

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY