Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Platform Penstriman Muzik: Spotify Paling Popular Dengan 35% Perkongsian, Apple Music Posisi Ke-2 Sebanyak 19%

Platform Penstriman Muzik: Spotify Paling Popular Dengan 35% Perkongsian, Apple Music Posisi Ke-2 Sebanyak 19%

Diterbitkan April 5, 2020 oleh Meor Hasyim

Terdapat banyak platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal, dan lain-lain. Namun menurut Counterpoint Research, Spotify masih lagi merupakan platform paling popular dengan perkongsian sebanyak 35% dalam jumlah keseluruhan langganan berbayar, manakala 31% dalam keseluruhan pendapatan kesemua platform.

Ia diikuti oleh Apple Music dengan 19% daripada keseluruhan langganan berbayar dengan 24% dari keseluruhan pendapatan. Posisi ke-3 pula dipegang oleh Amazon Music dengan 15% perkongsian dan YouTube Music pula 6%.

Platform Penstriman Muzik: Spotify Paling Popular Dengan 35% Perkongsian, Apple Music Posisi Ke-2 Sebanyak 19%
Platform yang terlibat dalam kajian analisis oleh Counterpoint Research.

Pengkaji Analisis, Abhilash Kumar berkata langganan berbayar berkembang dari tahun-ke-tahun sebanyak 23%. Ini menandakan jumlah pengguna yang sanggup membayar untuk mendengar muzik secara mudah adalah semakin ramai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menggalakkan kepada langganan platform yang didengari mereka.

Kebanyakan platform mengikuti pendekatan 2-langkah untuk mendekati pelanggan. Yang pertamanya menggunakan kaedah penggunaan percuma selama beberapa bulan (trial) atau akaun asas serta yang kedua menarik minat pelanggan dengan tawaran menarik untuk menjadikan mereka pelanggan berbayar pula.

Berkata mengenai populariti Spotify adalah ia turut dibantu dengan tawaran dan promosi seperti 3 bulan percuma Spotify Premium, potongan harga dan juga kandungan eksklusif seperti Podcasts asli. Antara kesemua platform penstriman muzik yang ada dalam pasaran, yang mana satukah yang anda guna?

Sumber: Counterpoint Research

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY