OPPO A93 Akan Dilancarkan Di Malaysia 6 Oktober Ini - Menawarkan Sejumlah 6 Lensa Kamera

OPPO Malaysia kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu OPPO A93 pada 6 Oktober 2020.

https://www.facebook.com/malaysiaoppo/posts/1510712912462845

Model ini merupakan penjenamaan semula kerana di luar Malaysia, ia dikenali sebagai OPPO Reno4 Lite ataupun OPPO F17 Pro.

Mengenai telefon tersebut, OPPO memasarkannya sebagai telefon nipis 7.48mm, rekaan bergaya dan juga 6 lensa kamera keseluruhan.

Jika dilihat dari spesifikasi, OPPO A93 dijana oleh cip MediaTek Helio P95, skrin Super AMOLED 6.43 inci FHD+, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4015mAh, dan juga pengecasan 30W VOOC 4.0.



Untuk pelancaran OPPO A93 di Malaysia, ia akan dilakukan secara penstriman Facebook Live pada pukul 3 petang (6 Oktober 2020).

Jika anda berminat dengan model terbaharu ini, boleh nantikan pelancarannya beberapa hari lagi.

Sumber: Facebook OPPO Malaysia