Cara Muat Turun Gambar Pemandangan Menakjubkan Google Earth

Dalam simpanan Google Earth View, Google telah berkongsi beratus jumlah gambar pemandangan Bumi yang sangat cantik. Gambar ini menunjukkan pemandangan dari satelit yang membuatkan pengunjung melihatnya seakan dari mata burung.

Hari ini, syarikat itu telah menambah lagi lebih dari 1000 gambar dalam galeri tersebut menjadikan jumlah keseluruhan gambar kepada 2500. Menurut Google gambar yang terbaru ini telah dioptimasikan untuk skrin. Ia memaparkan warna yang lebih terang, terperinci, serta mempunyai resolusi sehingga 4K.


Cara muat turun


Cara memuat turun gambar latar belakang Google Earth senang sahaja

  • Pergi ke Earth View Collection dalam laman Google Earth.

  • Anda akan dibawa terus ke satu imej penuh satu pemandangan rawak.




  • Gerakkan tetikus ke bahagian kanan atas kandungan laman dan klik pada Download Wallpaper.

  • Anda juga boleh klik kanan tetikus sehingga keluar pilihan menu "Save image as...".




  • Anda boleh klik kiri atau kanan untuk memilih imej pemandangan rawak yang disukai. Atau tekan sahaja butang "arrow" pada papan kekunci anda.

  • Tekan butang "show map" untuk melihat keseluruhan peta seluruh dunia. Anda juga boleh melaraskan carian warna spesifik mengikut keinginan anda.




Selamat mencuba!