Sebanyak 377 Ribu Pelanggan Streamyx Akan Dinaik Taraf Kepada Gentian Optik Bermula Tahun Ini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru sahaja mengumumkan 6 projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan (NFCP) untuk tahun 2020 ini.

Sehubungan dengan itu, sebanyak RM3 billion telah dilaburkan bertujuan untuk pembangunan kesemua projek tersebut. Projek-projek ini disasarkan untuk meningkatkan penyambungan rangkaian digital di pelusuk negara.

https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1233303104445018113

Ia juga secara tidak langsung akan mengurangkan jurang digital antara keseluruhan liputan, menaiktaraf kualiti rangkaian, serta pada masa yang sama meletakkan asas untuk rangkaian 5G yang terbaharu.

  • NFCP 1 dan NFCP 2 - NFCP 1 akan bermula 15 Februari 2020, manakala NFCP 2 masih menunggu kertas kerja. Kedua-dua projek akan melibatkan penaiktarafan rangkaian di kawasan servis awam dalam pelbagai negeri seluruh Malaysia.

  • NFCP 3 - Menyasarkan peningkatan gentian optik dengan kelajuan sehingga 500Mbps dalam 100,000 kawasan komersil dan perrumahan. Kawasan terlibat termasuklah Kudat (Sabah), Serian (Sarawak), Labis (Johor), Sekinchan (Selangor), Baling (Kedah), Lenggong, Bera (Pahang) and Bachok (Kelantan) dan banyak lagi.

  • NFCP 4 - Membekalkan rangkaian untuk 151 kediaman Orang Asli.

  • NFCP 5 - Menaik taraf 377,360 pengguna jalur lebar kuprum kepada gentian optik. Bermula suku pertama tahun 2020.

  • NFCP 6 - Pemasangan rangkaian fasiliti dan pembinaan servis rangkaian untuk kawasan awam sekitar 740 kawasan seluruh Malaysia.


Sumber: MCMC