Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Labur ~RM7.9 Juta Bangunkan Sistem Pendidikan AI Untuk Industri Filem

Google Labur ~RM7.9 Juta Bangunkan Sistem Pendidikan AI Untuk Industri Filem

Diterbitkan Januari 27, 2026 oleh ariff bukhari

Google.org mengumumkan pelaburan sebanyak $2 juta (~RM7.9 juta) kepada Sundance Institute bagi membangunkan ekosistem pendidikan AI untuk industri filem.

Usaha ini dilakukan bersama The Gotham dan Film Independent, dengan matlamat melatih lebih 100,000 artis dalam kemahiran asas AI.

Melalui kerjasama ini, sebuah AI Literacy Alliance akan ditubuhkan bagi menetapkan nilai, etika dan garis panduan penggunaan AI yang melindungi kreativiti manusia.

Sundance dan rakan kongsi akan menyediakan kurikulum percuma dalam talian serta biasiswa untuk kursus Google AI Essentials.

Selain itu, Google memaklumkan program AI Creators Fellowship akan turut diwujudkan untuk menyokong eksperimen teknikal, membina kajian kes, dan mengadakan perbincangan komuniti.

Google menekankan bahawa masa depan filem bukan ditentukan oleh alat semata-mata, tetapi oleh imaginasi manusia yang diperkasa dengan teknologi.

Inisiatif ini menandakan langkah penting dalam memastikan AI menjadi alat sokongan, bukan pengganti kepada pengkarya seni.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Tajaan Penuh, Golongan B40 Kini Berpeluang Ikuti Kursus Kemahiran Pengkomputeran Awan Dan AI
  • Singapura Akan Labur ~RM3.52 Bilion Untuk Penyelidikan Awam AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
  • Nvidia Dilapor Henti Penghantaran Pelayan AI Ke Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia
  • (Video) Pemilik EV Di China Dakwa Fungsi Parkir Automatik Diaktifkan 868 Kali Dalam Satu Malam
  • Sokongan Aplikasi 32-Bit Bakal Jadi Pilihan Dalam Windows Server 2028
  • Pam Susu Wearable Anker eufy Kini Dijual Di Farmasi Terpilih, Harga Dari RM799
©2026 WISER.MY