Versi sistem operasi Android bagi telefon pintar berprestasi rendah.
Pada tahun lalu, Google telah pun melancarkan sistem operasi Android (Go edition) yang khusus dibangunkan bagi telefon pintar berprestasi rendah. Sebagai contoh peranti yang memiliki memori berkapasiti kurang dari 1.5GB RAM.
Untuk tahun ini, Google mengumumkan mereka telah menaik taraf versi Android tersebut kepada Android 10 (Go edition).
Menurut Google, sistem operasi yang lebih ringan ini sudah pun mula ditawarkan oleh lebih daripada 500 pengeluar hadir menerusi 1600 peranti Android dilebih 180 negara. sejak 18 bulan yang lalu.

Tambah google lagi, Android 10 (Go Edition) diintegrasikan bersama dengan ciri keselamatan yang dipanggil sebagai Adiantum. Ia merupakan sistem keselamatan terbaru yang telah pun diperkenalkan pada awal tahun ini.Di dalam versi Android 10 (Go Edition) ini juga, Google telah memperkenalkan beberapa aplikasi yang direka khusus bagi disesuaikan dengan prestasi sesebuah peranti.
Anatarnya adalah seperti YouTube Go yang membolehkan pengguna menonton video pada sambungan rangkaian internet perlahan serta Gallery Go by Google Photos yang hanya bersaiz 10MB bagi memudahkan pengguna mencari dan menguruskan foto-foto di dalam peranti Android mereka.
Berkaitan
- Pengguna Android Berhati-Hati, Perisian Hasad Baru Dikesan Disebar Secara Automatik Melalui Aplikasi WhatsApp
- ASUS Vivobook Go 15 (E1504F) Kini Dikuasakan AMD Ryzen 5 7520U
- Peranti TV Android Ini Didapati Turut Mengandungi Perisian Hasad
- Google Kini Boleh Memadam Akaun Gmail, Photos Dan Google Drive Tanpa Kebenaran Anda
- Aplikasi Messages Bakal Tidak Lagi Boleh Digunakan Dalam Peranti Android Yang Tidak Disahkan Google
- Aplikasi Spotify Lite Kini Ditawarkan Di Google Play Store
- Vaksin COVID-19 Dari Pfizer Diluluskan Untuk Golongan Berumur 12 Tahun Ke Atas
- Ini Sebab Kenapa Siri Mi 10T Tidak Dilengkapi Paparan OLED
- Kemas Kini Awal 2023 Menampal 60 Kelemahan Keselamatan Android
- Kemas Kini Kumulatif KB4532693 Dan KB4532691 Untuk Pengguna Windows 10