Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Play Store_

Google Kemas Kini Antara Muka Play Store Apabila Memasang Aplikasi

Diterbitkan September 12, 2024 ยท Dikemas kini September 12, 2024 oleh ariff bukhari

Google nampaknya diam-diam menambah baik stor mereka dengan beberapa ciri baru.

Secara khususnya, menerusi kemas kini bulan September 2024, Google memperkenalkan sebanyak 4 ciri baharu pada Play Store mereka iaitu:

  • Anda kini boleh memasang semula aplikasi terdahulu dengan mudah apabila anda membuka Play Store pada peranti baharu anda.
  • Jika terdapat isu dengan status pensijilan Play Protect peranti anda, anda akan melihat pilihan baharu dalam tetapan Play Store untuk memuat semula status dan cuba membetulkan isu tersebut.
  • Dengan ciri baharu ini, anda akan melihat kemas kini UI apabila anda memasang aplikasi.
  • Anda akan dapat menyemak imbas aplikasi dan permainan yang berkaitan dengan lebih mudah dalam Google Play.

Berkaitan dengan kemas kini antara muka Play Store, biasanya apabila anda tap pada butang Install, butang itu akan ditukar dengan butang Cancel dan Open.

WhatsApp Image 2024-09-12 at 12.18.27

Tapi antara muka versi terkini Play Store apabila anda memasang aplikasi pula adalah seperti rajah di bawah seperti dikongsikan Android Authority.

UI play store

Untuk mendapatkan ciri baharu ini, pastikan Google Play Store di peranti anda dikemas kini kepada versi v42.7.

Anda boleh menyemak versi Google Play Store dan kemas kininya kepada versi terkini di peranti anda dengan membuka Play Store > Tap pada ikon akaun Google anda > Settings > About.

play store version

Kemas kini tersebut ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna Android.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Google Play Store Tambah Sokongan Kemas Kini Berbilang Aplikasi Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY