Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Microsoft cloud_Bloomberg

Google Failkan Aduan Berhubung Amalan Perkhidmatan Awan Microsoft

Diterbitkan September 26, 2024 · Dikemas kini September 26, 2024 oleh Amalina Athman

Google telah memfailkan aduan anti-persaingan kepada Suruhanjaya Eropah, mendakwa Microsoft menggunakan syarat pelesenan tidak adil untuk “mengunci” pelanggan dan mengawal pasaran awan.

Microsoft didakwa mengeksploitasi sistem pengendalian Windows Server yang dominan untuk mengelakkan persaingan.

Google dalam aduannya berkata sekatan yang terkandung dalam syarat pelesenan awan Microsoft menyukarkan pelanggan untuk memindahkan tugasan kerja daripada teknologi awan Microsoft Azure kepada pengkomputeran awan pesaing, walaupun tiada halangan teknikal untuk berbuat demikian.

Dalam laporan Reuters, Naib Presiden Awan Google Amit Zavery memberitahu bahawa Microsoft membuat pelanggan membayar 400% “mark-up” untuk terus menjalankan Windows Server pada pengendali pengkomputeran awan lain. Ini tidak terpakai jika mereka menggunakan Azure. Pengguna infrastruktur awan pesaing juga akan mendapat kemas kini keselamatan yang lebih lewat dan lebih terhad.

Microsoft dalam satu kenyataan berkata ia menjangkakan Suruhanjaya Eropah akan menolak aduan Google.

Microsoft menyelesaikan kebimbangan serupa yang dibangkitkan oleh penyedia awan Eropah, walaupun selepas Google berharap mereka akan terus berperkara. Setelah gagal memujuk syarikat Eropah, kami menjangkakan Google juga akan gagal memujuk Suruhanjaya Eropah.

Ketika ini, Microsoft juga menghadapi penelitian anti-persaingan terhadap amalan awannya di UK, di mana pengawal selia sedang menyiasat amalan pelesenan awan Microsoft dan Amazon. Sementara Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan sedang meneliti pelaburan AI Microsoft, Amazon dan Google dan cara ia dikaitkan dengan perkhidmatan awan.

Berkaitan

  • Malaysia Catat Pelaburan Lebih RM114 Bilion Dalam Pusat Data, Perkhidmatan Awan - Menteri
  • AWS Lancar Wilayah Infrastruktur Di Malaysia
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Microsoft Akan Guna Tenaga Nuklear Untuk Kuasakan AI Mereka

Sumber: CNBC

Gambar utama: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY