Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dilapor Buang Ratusan Pekerja Dalam Pasukan Android, Pixel

Google Dilapor Buang Ratusan Pekerja Dalam Pasukan Android, Pixel

Diterbitkan April 11, 2025 ยท Dikemas kini April 11, 2025 oleh Amalina Athman

Google dilaporkan telah memberhentikan ratusan pekerja daripada unit platform dan peranti, yang bertanggungjawab dalam pembangunan perisian Android, peranti Pixel serta pelayar Chrome.

Menurut laporan The Information, langkah pemberhentian itu adalah susulan tawaran skim pemisahan sukarela yang diberikan Google kepada kakitangan dalam unit berkenaan pada Januari lalu.

“Sejak menggabungkan pasukan platform dan peranti tahun lalu, kami telah memberi tumpuan untuk menjadi lebih tangkas serta beroperasi dengan lebih berkesan. Ini termasuk pengurangan tenaga kerja, selain program pemisahan sukarela yang ditawarkan pada Januari lalu,” kata jurucakap Google kepada The Information.

Sebelum ini, pada Februari lalu, Bloomberg melaporkan bahawa Google turut memberhentikan sebahagian kakitangannya dalam bahagian awan (cloud), namun menyatakan bahawa pusingan pemberhentian itu hanya memberi kesan kepada beberapa pasukan sahaja.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Google Bayar Pemburu Pepijat Lebih RM52 Juta Pada Tahun 2024
  • Google Lancarkan Satelit Kesan Awal Kebakaran Hutan Dikuasakan AI
  • Google Sahkan Tarikh Jualan Rasmi Pixel 9a Untuk Pasaran Malaysia

Sumber: The Information

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY