Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancarkan Satelit Kesan Awal Kebakaran Hutan Dikuasakan AI

Google Lancarkan Satelit Kesan Awal Kebakaran Hutan Dikuasakan AI

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh ariff bukhari

Google memaklumkan bahawa mereka telah berjaya melancarkan satelit yang dikenali sebagai FireSat dan satelit itu telah berjaya membuat hubungan dengan Bumi.

Ia merupakan satelit pertama mereka bagi buruj (constellation) daripada kira-kira 50 satelit yang mereka bakal lancarkan dalam tahun-tahun akan datang untuk membantu menjejaki dan mengesan kebakaran hutan, menggunakan AI.

FireSat ialah projek unik yang menggunakan teknologi AI untuk mengesan kebakaran hutan sekecil 5×5 meter secara global setiap 20 minit melalui imej satelit resolusi tinggi.

Ini membantu pihak berkuasa bertindak lebih pantas sebelum kebakaran merebak.

Google Lancarkan Satelit Kesan Awal Kebakaran Hutan Dikuasakan AI
Apabila buruj penuh disiarkan secara langsung pada tahun-tahun akan datang, FireSat akan mampu mengesan kebakaran yang hanya berukuran 5×5 meter — kira-kira saiz bilik darjah — dalam masa 20 minit.

Dilancarkan melalui misi SpaceX Transporter-13 dari California, projek ini merupakan kerjasama antara Google Research, Muon Space, Earth Fire Alliance, Moore Foundation, serta agensi pemadaman kebakaran yang lain.

Pembiayaan awal sebanyak $13 juta disediakan oleh Google.org bagi mengurangkan kesan ekonomi, kemanusiaan dan alam sekitar akibat kebakaran hutan.

Google Lancarkan Satelit Kesan Awal Kebakaran Hutan Dikuasakan AI
Imej dikongsikan oleh CEO Google, Sundar Pichai menunjukkan foto satelit FireSat di pad pelancaran Jumaat lalu yang sedang menunggu untuk dilancarkan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Wi-Fi Hotel Di Tokyo Adalah Yang Terpantas Di Rantau Asia Pasifik - OOKLA
  • AI Bantu Hotel Hilton Malaysia Cegah Pembaziran Makanan Ketika Ramadan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY