Versi Pelayar Chrome akan datang menyokong ciri tersebut pada semua platfom sistem operasi.
Aplikasi pelayar Google Chrome dijangka akan menyediakan ciri yang membolehkan pengguna mengaktifkan mod gelap kepada semua laman sesawang. Bermaksud, kebiasannya, laman sesawang yang dilayari pengguna latar belakngnya adalah berwarna putih dan tulisannya pula berwarna hitam.
Tetapi apabila diaktifkan mod gelap, ia akan menjadi sebaliknya. Lihat rajah di bawah sebagai contoh.
Buat masa ini, ciri mod gelap untuk kesemua laman sesawang hanya boleh diaktifkan pada versi aplikasi Google Chrome Canary (versi pembangun) yang belum stabil sepenuhnya.
Anda boleh mencuba sendiri dan memuat turun aplikasi tersebut terus ke dalam peranti pintar Android anda dan juga sistem operasi komputer Windows atau macOS.
Untuk mengaktifkan mod gelap tersebut, anda taip chrome://flagsĀ pada ruang URL.
Kemudian, buat carian Force Dark Mode for Web Contents. Selepas itu, klik pada butang Default.
Pada ruang tetingkap pilihan yang timbul seperti rajah di atas ini, tandakan pada pilihan Enable. Selesai itu, ada diminta untuk menghidupkan semula aplikasi tersebut.
Kini, anda akan dapati semua laman sesawang yang dilayari anda akan dipaparkan dalam mod gelap. Cuma, ciri ini masih belum begitu stabil dan imej yang terdapat di dalam laman sesawang tidak begitu sempurna dari segi paparan warnanya.
Selamat mencuba.
Berkaitan
- Kemas Kini Windows 10 Memberikan Masalah Menjengkelkan Kepada Pengguna Pelayar Google Chrome
- Ini 7 Fakta Menarik Tentang Statistik Pelayar Google Chrome Yang Anda Tidak Tahu
- Oppo Akan Mengeluarkan Model Jam Pintar Yang Menyerupai Rekaan Apple Watch
- Begini Cara 'Malware' Android Masuk Ke Dalam Google Play Store
- Google Kini "Hadkan" Jumlah E-mel Yang Boleh Dihantar Dalam Sehari
- Ini Rupa Logo Baharu Google Play Selepas Kali Terakhir Diubah 6 Tahun Lalu
- ASUS Perkenalkan Model Terbaru VivoBook S14 Dan S15
- WhatsApp Menjadi Aplikasi Bukan Dari Google Kedua Melepasi Angka 5 Bilion Dipasang Ke Dalam Peranti Pintar
- Serangan DDoS Terbesar Ke Atas Google Berlaku Pada Tahun 2017 Dahulu
- Dell Umum Barisan Model Komputer XPS Berprestasi Terbaru, Kini Dengan Cip Intel Core Gen-13