Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Perkenalkan Model Terbaru VivoBook S14 Dan S15

ASUS Perkenalkan Model Terbaru VivoBook S14 Dan S15

Diterbitkan Mei 27, 2019 · Dikemas kini Mei 27, 2019 oleh ariff bukhari

Komputer riba ultra mudah alih ini kini dilengkapi dengan skrin sekunder ASUS ScreenPad 2.0 yang mampu meningkatkan produktiviti penggunanya.

ASUS hari ini mengumumkan kehadiran model terbaru VivoBook S14 (S431 / S432) dan VivoBook S15 (S531 / S532) . Ia merupakan sepasang komputer riba ultra mudah alih tetapi tetap dilengkapi dengan cip pemprosesan berprestasi tinggi.

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7, cip grafik NVIDIA GeForce MX250 serta storan PCIe SSD berkapasiti sehingga 1TB. Malah model VivoBook ini juga yang pertama dilengkapi dengan kamera infra merah bagi menyokong ciri  imbasan wajah dan sambungan tanpa wayar Wi-Fi 6 berkelajuan tinggi.

Selain itu, VivoBook S14 dan VivoBook S15 ini juga dimuatkan dengan skrin sentuh ScreenPad 2.0 yang bersaiz 5.65″.

ASUS Perkenalkan Model Terbaru VivoBook S14 Dan S15
ScreenPad 2.0 dikuasakan oleh perisian ScreenXpert.

Menurut ASUS, skrin mini kedua ini tersedia koleksi aplikasi ASUS di dalamnya yang dapat menjadikan proses kerja bersama komputer riba ini lebih efisyen sekaligus meningkatkan produktiviti pengguna mereka.

VivoBook S14 dan VivoBook S15 menggunakan kerangka besi yang kukuh serta terdapat 6 pilihan warna menarik untuk pengguna iaitu Moss Green, Punk Pink, Cobalt Blue, Transparent Silver dan Gun Metal.

ASUS Perkenalkan Model Terbaru VivoBook S14 Dan S15
VivoBook S14 dan S15 juga menawarkan pelekat reka bentuk unik kepada salah satu daripada lima warna yang ditawarkan, khusus untuk pengguna muda bagi menjadikannya lebih menarik lagi VivoBook mereka.

Kedua-dua model VivoBook S14 dan S15 ini dibekalkan dengan bateri 42Wh dan ASUS masih belum mendedahkan tarikh penawaran model-model diatas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY