Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dell Umum Barisan Model Komputer XPS Berprestasi Terbaru, Kini Dengan Cip Intel Core Gen-13

Dell Umum Barisan Model Komputer XPS Berprestasi Terbaru, Kini Dengan Cip Intel Core Gen-13

Diterbitkan Mac 1, 2023 oleh ariff bukhari

Pengeluar komputer terkemuka, Dell Technologies telah mengumumkan barisan model terbaru komputer flagship mereka menerusi siri XPS.

Siri komputer Dell XPS ini meliputi model komputer meja dan komputer riba 15 inci dan 17 inci.

Bagi model komputer meja XPS terbaru ini, Dell kini menawarkan XPS Desktop (8960) dengan pilihan cip pemprosesan berkuasa sehingga Intel Core i9K Gen-13.

Malah turut ditawarkan adalah pilihan kuasa grafik berkuasa dari NVIDIA (GeForce RTX 4090) atau AMD (Radeon RX 6900 XT graphics dengan memori DDR5).

Dell Umum Barisan Model Komputer XPS Berprestasi Terbaru, Kini Dengan Cip Intel Core Gen-13
Dell XPS Desktop (8960).

Selain itu, Dell juga hadir dengan 2 model komputer riba XPS berkuasa iaitu XPS 17 (9730) dan XPS 15 (9530) yang juga kini dilengkapi cip pemprosesan terbaru Intel Core i7 Gen-13.

Dell Umum Barisan Model Komputer XPS Berprestasi Terbaru, Kini Dengan Cip Intel Core Gen-13
Dell XPS 17 (9730).

Bagi model XPS Desktop (8960), ia akan mula berada dipasaran dalam bulan Mac ini juga.

Manakala bagi model komputer riba XPS 17 (9730) dan XPS 15 (9530) pula, ia hanya akan berada dipasaran pada April nanti.

Dell Umum Barisan Model Komputer XPS Berprestasi Terbaru, Kini Dengan Cip Intel Core Gen-13
Dell XPS 15 (9530).

Namun begitu pihak Dell masih belum mengumumkan harga bagi kesemua model komputer XPS terbaru mereka tersebut buat masa ini.

Berkaitan

  • (Ulasan) Lenovo Yoga 9i - Komputer Riba Fleksibel Berprestasi Dan Premium, Tapi Masih Mampu Milik
  • vivo V27e Rasmi: Pengecasan 66W Pada Harga RM1299
  • Semua Pengguna Digi Kini Boleh Nikmati 5G Percuma Hingga 30 April

Sumber: Media Dell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY