Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Serangan DDoS Terbesar Ke Atas Google Berlaku Pada Tahun 2017 Dahulu

Serangan DDoS Terbesar Ke Atas Google Berlaku Pada Tahun 2017 Dahulu

Diterbitkan Oktober 17, 2020 oleh ariff bukhari

Jika anda masih ingat, pada tahun 2017 dahulu telah dilaporkan berlakunya serangan distributed denial-of-service (DDoS) ke atas Google.

Serangan itu juga merupakan serangan DDoS yang terbesar pernah direkodkan setakat ini.

Pasukan keselamatan Google memaklumkan, serangan DDoS tersebut yang berlaku pada bulan September 2017 itu mencecah sehingga 2.5Tbps ke atas trafik rangkaian Google.

“Our infrastructure absorbed a 2.5 Tbps DDoS in September 2017, the culmination of a six-month campaign that utilized multiple methods of attack.” Google.

Serangan DDoS Terbesar Ke Atas Google Berlaku Pada Tahun 2017 Dahulu
Sumbe: Google Cloud

Google menjelaskan, penyerang menggunakan pelbagai bentuk serangan DDoS bagi memberikan isyarat palsu kepada Google.

Serangan itu juga didakwa 4 kali ganda lebih besar saiznya berbanding serangan botnet Mirai yang berlaku pada awal tahun 2017.

Walaubagaimanapun, Google menyatakan bahawa serangan tersebut tidak memberikan impak yang teruk pada mereka.

Bagi mendepani cabaran serangan seperti ini pada masa hadapan, Google memaklumkan mereka kini  bekerjasama dengan komuniti internet bagi mengenal pasti dan melupuskan infastruktur yang pernah digunakan dalam serangan yang pernah dilakukan sebelum ini.

DDoS adalah serangan yang mensasarkan pelayan bagi tujuan memporak-perandakan trafik dalam rangkaian pelayan dengan melambakkan aliran trafik internet ke rangkaian pelayan yang disasarkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY