Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Memadam Lebih Daripada Satu Aplikasi Serentak Pada Android

Ini Rupa Logo Baharu Google Play Selepas Kali Terakhir Diubah 6 Tahun Lalu

Diterbitkan Julai 18, 2022 ยท Dikemas kini Julai 18, 2022 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan bakal menukar logo Google Play mereka selepas kali terakhir logo stor mereka itu ditukar pada tahun 2016 dahulu.

Berdasarkan semakan di laman Pejabat Tanda Dagang Dan Paten Amerika Syarikat (USPTO), rekaan baharu bagi logo tersebut sudah pun difailkan.

Dalam pemfailan paten logo itu, pendaftaran adalah meliputi kategori perisian permainan komputerm aplikasi perisian komputer, kandungan digital, kandungan multimedia, audio, visual, audio visual, penerbitan elektronik, e-buku dan filem.

Di bawah adalah rupa logo Google Play baharu yang dipatenkan oleh Google dengan USPTO.

google play

Berikut adalah keterangan rekaan logo baharu tersebut:

  • Tanda ini terdiri daripada segitiga yang terdiri daripada sudut bulat, dibahagikan kepada empat bahagian berwarna; warna biru muncul di sebelah kiri; warna hijau muncul di bahagian atas; warna kuning muncul di sebelah kanan; dan warna merah muncul di bahagian bawah.

Sebagai perbandingan, di bawah pula adalah logo Google Play yang digunakan sejak dari tahun 2016 sehingga kini.

google play lama 2016Pemfailan rekaan logo baharu Google Play itu telah dibuat pada 13 Julai 2022. Status permohonan pula masih menunggu semakan.

Tidak dapat dipastikan sama ada rekaan baharu logo ini akan digunakan pada tahun ini juga ataupun tidak.

Sumber: 9to5Google, uspto

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY