Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Chrome 80 Akan Menyekat Iklan Pop-up Secara Default

Ini 7 Fakta Menarik Tentang Statistik Pelayar Google Chrome Yang Anda Tidak Tahu

Diterbitkan Februari 9, 2022 · Dikemas kini Mac 10, 2023 oleh ariff bukhari

Aplikasi Google Chrome merupakan pelayar paling popular di dunia ketika ini. Dianggarkan 2/3 daripada pengguna pelayar internet menggunakan pelayar Chrome.

Atau lebih daripada 2.65 bilion pengguna di seluruh dunia menggunakan Chrome untuk melayari internet. Penguasaan Chrome dalam pasaran pelayar dunia adalah lebih daripada 60% setakat 2022 ini.

global-market-share-of-Google-Chrome (2)

Berikut adalah 15 fakta menarik berkaitan pelayar Google Chrome yang mungkin anda tiak tahu:-

1. Chrome tidak popular di tablet

Chrome mungkin pelayar paling popular di dunia. Tetapi tidak di semua platfom. Sebagai contoh, Chrome bukanlah pihan utama pengguna di peranti tablet.

Sebaliknya aplikasi Safari dari Apple menjuarai carta pengguna di peranti tablet dengan 43.52% pengguna.

Sementara Google Chrome menguasai 42.5% pengguna. Ini mungkin kerana dominasi Apple dalam pasaran kategori peranti pintar itu.

2. Dominan dalam kategori komputer meja

Sungguhpun begitu dalam kategori komputer meja, Chrome menguasai sebanyak 68.76% pengguna. Jauh meninggalkan pelayar-pelayar lain seperti Safari, Edge dan Firefox.

browser 1

3. Chrome bermaharajalela di India

Pengguna di China dan Amerika Syarikat (A.S)adalah antara pengguna utama pelayar Chrome. Tetapi ia masih belum dapat menandingi pengguna di India di mana sebanyak 85.84% pengguna internet di India menggunakan pelayar Chrome pada semua peranti.

Ia jauh meninggalkan peratusan pengguna Chrome di China dan A.S yang masing-masing miliki sebanyak 45.13% dan 46.32% pengguna.

4. Pengguna Chrome di A.S semakin berkurang

Walaupun Chrome dibangunkan oleh syarikat gergasi Google yang berasal dari A.S, tetapi statistik menunjukkan kadar pengguna yang menggunakan Chrome di dalam negara itu menunjukkan penurunan.

Penurunan itu dikesan berlaku sejak tahun 2018 lagi. Walaupun lebih daripada 55% pengguna komputer meja menggunakan pelayar Chrome untuk melayari internet, tetapi trend penggunaan Chrome dikalangan pengguna di negara itu semakin menurun.

Malah Chrome di A.S kini adalah pelayar kedua paling popular di A.S bagi kategori peranti pintar di mana penguasaan hanya sebanyak 35.86% sahaja.

5. Lebih dari 100,000 extensions

Chrome miliki lebih daripada 100,000 extension yang ditawarkan menerusi Chrome Web Store. Tapi 86.3% extension itu miliki kurang daripada 1000 pengguna.

Pihak Google sendiri hanya membangunkan sebanyak 45 extension sahaja (setakat Februari 2021). Tetapi 10 daripadanya miliki lebih daripada 1 juta pengguna.

6. Kuasai hampir di semua rantau

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan laman analisis earthweb, 72 daripada 100 pengguna di Asia memilih pelayar Chrome sebagai pelayar internet utama mereka.

Sekaligus lebih 72.72% pengguna di benua Asia menggunakan aplikasi pelayar tersebut.

Begitu juga di benua Eropah dan Afrika di mana lebih 60% dan 70% pengguna di benua itu menggunakan pelayar Chrome.

chrome market

7. Dimuat turun berbilion kali

Setakat semakan terkini di Play Store, Google Chrome telah diulang muat turun lebih daripada 10 bilion kali. Pada Julai 2019 dahulu, Google Chrome telah pun mencapai 5 bilion muat turun.

Dalam bulan Januari 2021 yang lalu sahaja, sekitar 8.8 juta pengguna Android dan iOS telah memuat turun aplikasi tersebut.

Dari jumlah itu, 8 juta adalah dari pengguna iPhone yang memuat turun menerusi App Store dan 800,000 lagi adalah dari pengguna Android dari Google Play Store.

Sumber: EarthWeb

Berkaitan

  • Selepas 8 Tahun, Google Menukar Rupa Ikon Pelayar Chrome
  • Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome
  • Pengguna iPhone Lebih Banyak Habiskan Duit Membeli Aplikasi Berbanding Pengguna Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY