Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wiz google

Google Bakal Ambil Alih Wiz Dengan Nilai $32 Bilion

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh Amalina Athman

Google telah menandatangani perjanjian muktamad untuk mengambil alih Wiz, sebuah platform keselamatan awan yang berpusat di New York, dengan nilai $32 bilion (~RM141.86 bilion) dalam bentuk transaksi tunai sepenuhnya.

Setelah pengambilalihan ini selesai, Wiz akan menjadi sebahagian daripada Google Cloud.

Langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan dua trend utama dalam era kecerdasan buatan (AI), iaitu peningkatan keselamatan awan serta penggunaan pelbagai perkhidmatan awan (multicloud).

Di bawah pemilikan baharu ini kelak, Google menyatakan bahawa Wiz akan terus beroperasi sebagai platform bebas yang menyokong pelbagai penyedia awan, termasuk Amazon Web Services (AWS), Microsoft Azure dan Oracle Cloud.

Selain itu, Wiz akan ditawarkan kepada pelanggan melalui pelbagai penyelesaian keselamatan rakan kongsi. Google Cloud juga akan mengekalkan kepelbagaian pilihan untuk pelanggan dengan menyediakan pelbagai penyelesaian keselamatan rakan kongsi melalui Google Cloud Marketplace.

Namun begitu, Google berkata pengambilalihan ini masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa pengawalseliaan.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pengguna Google Workspace Kini Boleh Hasilkan Imej AI Terus Dari Gmail
  • Pengguna Huawei Dilapor Guna Cara Baharu Untuk Pasang Aplikasi Google
  • Google Bayar Pemburu Pepijat Lebih RM52 Juta Pada Tahun 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY