Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Drive_a

Google Baik Pulih Isu Kehilangan Fail Yang Disimpan Dalam Drive

Diterbitkan Disember 7, 2023 · Dikemas kini Disember 7, 2023 oleh Amalina Athman

Bulan lalu, sejumlah pengguna melaporkan isu kehilangan fail dalam aplikasi desktop Google Drive. Terbaharu, Google telah mengeluarkan penyelesaian bagi membantu pengguna yang terjejas mendapatkan kembali fail tersebut.

Berkaitan

  • Google Kini Akan Bagi Tahu Sama Ada Aplikasi Di Play Store Selamat Atau Tidak
  • Cara Tetapkan Peringatan Tarikh Penting Dalam Google Contacts
  • Pengguna Lapor Isu Kehilangan Fail Google Drive Yang Disimpan Berbulan-Bulan

Dalam kemas kini artikel, Google mengatakan bahawa isu kehilangan fail yang melibatkan sejumlah pengguna dengan versi 84 dalam aplikasi desktop Drive telah dibaik pulih. Bagaimanapun, ia tidak semudah kemas kini dengan hanya satu klik, tetapi mempunyai beberapa langkah untuk memulihkan (recover) fail tersebut.

Pada halaman sokongan, Google menerangkan dua cara untuk memulihkan fail tersebut, sama ada melalui sandaran daripada aplikasi desktop Drive atau melalui command line. 

Bagi cara pertama, pengguna yang terjejas perlu muat turun versi terkini Drive (85.0.13.0 atau terkini) dan ikut langkah yang disediakan. Sementara cara kedua menggunakan command line, yang mana Google mengatakan ia berguna jika mempunyai sandaran direktori akaun Drive untuk desktop di lokasi lain atau ingin memulihkan fail ke lokasi tertentu.

Cara yang lengkap untuk memulihkan fail boleh dirujuk melalui pautan INI.

Sumber: 9to5Google

Gambar utama: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY