Ia sekaligus menidakkan ura-ura yang mengaitkan beberapa jenis pencuci mulut lain dengan Android P sebelum ini seperti Pistachio, Popsicle dan Peppermint. Malah, sebelum ini salah satu rakan dagangan Google juga pernah menggunakan Pistachio sebagai nama Android P dalam salah satu kiriman e-mel mereka.
Walaupun kemaskini ini hanya hadir bagi peranti Pixel buat masa ini, peranti yang menggunakan sistem Android One dan yang terlibat dengan program beta sistem ini seperti OnePlus 6, Xiaomi Mi Mix 2S, Vivo X21, Nokia 7 Plus, Sony Xperia XZ2 serta Oppo R15 Pro juga akan menerima Android Pie sebelum tahun ini berakhir.
Google juga menegaskan bahawa mereka sedang berusaha untuk bekerjasama dengan syarikat pembangun peranti seperti Sony, Xiaomi, Nokia, Oppo, Vivo, OnePlus, dan Essential untuk menyokong Android P pada keluaran terbaru mereka pada masa akan datang.
Android Pie akan hadir dengan beberapa fungsi menarik seperti 157 emoji baru, penggunaan bateri yang lebih bijak, Apps Timer dan banyak lagi.
Syarikat-syarikat pembangun juga dijangka akan mengeluarkan senarai dan penjadualan penerimaan kemaskini Android Pie pada peranti mereka secara berperingkat dalam masa terdekat.
Sumber
Berkaitan
- 'Group Admin' WhatsApp Boleh Senyapkan Ahli 'Group' Tidak Lama Lagi
- Pengguna Kini Boleh Gunakan Facebook Dating, Pencabar Terbaru Bagi Tinder
- Tencent Bercadang Untuk Lancarkan Satu Lagi Permainan Game of Thrones Mobile
- Android Pie Dilaporkan Beri Masalah Bateri Kepada Peranti Yang Menggunakannya
- Menangi Hadiah Sehingga RM 3,000 Dari OnePlus Sempena Bulan Kemerdekaan
- Peranti Android Go Pertama Huawei Bakal Dilancarkan di Bawah Siri Huawei Y
- Perbelanjaan Kepada Permainan Video Sepanjang Separuh Pertama 2018 Catat Rekod Baru
- Demo PES 2019 Kini Tersedia Untuk PS4, XBOX One dan PC
- 5 Produk Apple Yang Gagal Di Pasaran
- Facebook Mahu Jana Pendapatan Melalui WhatsApp Selepas Kerugian Besar Yang Dialami