Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GoInsuran Lancar Insuran Telefon Pintar, Perlindungan Dari Skrin Retak Hingga Kecurian

GoInsuran Lancar Insuran Telefon Pintar, Perlindungan Dari Skrin Retak Hingga Kecurian

Diterbitkan Mac 3, 2025 · Dikemas kini Mac 3, 2025 oleh Amsyar Latif

GoInsuran, penyedia insurans digital terkemuka Malaysia, kini memperluaskan perkhidmatannya dengan pelancaran GoDeviceProtect by Swap Protect bagi melindungi telefon pintar pengguna. Dengan kadar penembusan pengguna telefon pintar di Malaysia melebihi 89% pada ketika ini, perlindungan terhadap kerosakan dan kecurian semakin penting.

GoDeviceProtect menawarkan perlindungan untuk kerosakan tidak dilindungi jaminan pengeluar, termasuk kerosakan akibat kemalangan atau cecair, serta kecurian yang diselia (attended theft) di mana pengguna akan menerima penggantian peranti jika dicuri semasa dalam pegangan mereka.

goinsuran protect

Terdapat tiga pelan yang boleh dipilih: Protect Basic, Protect Plus, dan Protect Pro. Kesemua pelan ini membolehkan pengguna membuat pendaftaran mudah di laman web GoInsuran, serta memastikan pembaikan dilakukan di pusat servis rasmi menggunakan alat ganti OEM tulen.

Pelan Protect Pro turut menawarkan langganan fleksibel (mingguan, bulanan, atau tahunan) dan pilihan pembatalan bila-bila masa, selain membolehkan pengguna melanjutkan tempoh jaminan pengeluar bagi kecacatan pembuatan selepas tempoh asal tamat.

Dengan GoDeviceProtect, GoInsuran memberikan penyelesaian mudah dan mampu milik untuk melindungi peranti pengguna, memastikan mereka kekal berhubung tanpa kebimbangan. Untuk maklumat lanjut, layari goinsuran.com/godeviceprotect-en.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Penyelidik Keselamatan Gesa 3.2 Juta Pengguna Chrome Buang Segera 16 'Extension' Ini
  • Skype Rasmi Akan Ditamatkan Mei Ini - Berakhirnya Era Sebuah Legenda Panggilan Video

Sumber: Siaran media GoInsuran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY