Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyekat Iklan Dengan 34 Juta Pengguna Tidak Akan Lagi Berfungsi Di Chrome

Penyelidik Keselamatan Gesa 3.2 Juta Pengguna Chrome Buang Segera 16 ‘Extension’ Ini

Diterbitkan Februari 28, 2025 · Dikemas kini Mac 3, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari GitLab Threat Intelligence telah mendedahkan sejumlah 16 extension aplikasi pelayar Google Chrome telah digodam.

Extension itu merangkumi pelbagai fungsi seperti tangkapan skrin, penyekat iklan, dan papan kekunci emoji yang memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 3.2 juta pengguna.

Extension tersebut yang asalnya selamat tetapi kini digunakan penggodam untuk mencuri data atau melakukan penipuan klik iklan.

Semua sambungan Chrome yang digodam menggunakan kebenaran yang membolehkan mereka berinteraksi dengan mana-mana laman sesawang yang dikunjungi mangsa.

Ini membolehkan mereka menyuntik kod berniat jahat ke dalam laman tersebut.

Ringkasnya, extension Chrome itu menjejaki pengguna yang berpotensi menyebarkan kod penggodam ke mana sahaja mereka melayari laman sesawang.

Berikut adalah senarai extension Chrome yang terjejas:

  • Blipshot: Tangkapan Skrin Halaman Penuh dengan Satu Klik
  • Emoji – Papan kekunci Emoji
  • WAToolkit
  • Color Changer for YouTube
  • Video Effects for YouTube And Audio Enhancer
  • Themes for Chrome and YouTube Picture in Picture
  • Mike Adblock für Chrome | Chrome-Werbeblocker
  • Page Refresh
  • Wistia Video Downloader
  • Super dark mode
  • Emoji keyboard emojis for chrome
  • Adblocker for Chrome – NoAds
  • Adblock for You
  • Adblock for Chrome
  • Nimble capture
  • KProxy

Sehubungan itu, pengguna digesa untuk segera membuang extension yang disenaraikan jika anda ada memasangnya salah satu sambungan ini.

Google telah memadam extension ini daripada Chrome Web Store mereka, tetapi pengguna perlu memadamnya secara manual jika sudah dipasang.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Xiaomi Betulkan Isu Garisan Hijau Menerusi Kemas Kini Terbaru HyperOS
  • Kajian: Pemain 'Counter-Strike' Bertindak Lebih Pantas Dalam Buat Keputusan

Sumber: GitLab Security Tech Notes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
©2026 WISER.MY