Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Godam Sahur

GodamSahur Dibuka, Ini Masa Pembangun Siapkan Projek Sepanjang Ramadan 1447H

Diterbitkan Februari 19, 2026 oleh Amsyar Latif

GodamSahur kembali bersempena Ramadan dengan konsep hackathon maya harian. Peserta hanya perlu meluangkan sekitar sejam selepas sahur setiap hari untuk membangunkan idea, projek idaman atau sesuatu yang lama tertangguh sehingga siap sebagai MVP menjelang akhir bulan.

Untuk edisi kali ini, tiga kategori cadangan disediakan iaitu kewangan, mini SaaS dan media sosial. Peserta boleh membangunkan aplikasi pengurusan kewangan mesra Muslim, platform operasi ringkas untuk komuniti atau organisasi, ataupun menambah ciri baharu berasaskan platform sosial Daun.

Hadiah terkumpul berjumlah RM10,000 disediakan dan akan dibahagikan sama rata kepada semua peserta yang berjaya menyiapkan MVP berfungsi sepanjang Ramadan.

Screenshot 2026-02-19 at 12.21.57 PM

Selain itu, peserta terawal akan menerima baju-T edisi terhad tajaan StartupTshirt, manakala 30 projek terawal yang melepasi penilaian turut memperoleh langganan premium ThinkQuran selama setahun.

Semua kod projek adalah milik peserta dan mereka bebas memilih untuk menjadikannya sumber terbuka atau tidak. Peserta juga boleh mengakses API Daun untuk membangunkan integrasi sosial.

Kepada yang berminatm anda boleh menyertai GodamSahur bermula hari ini. Klik untuk sertai – https://sahur.dev

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Dulu CPU & GPU Je — Kini Kenali Apa Itu LPU, NPU, DPU & TPU
  • Dari ‘Popcorn Brain’ Ke Masalah Sosial Remaja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY