Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Giliran Permainan Fortnite Pula Berdepan Tindakan Undang-Undang Dari PUBG

Giliran Permainan Fortnite Pula Berdepan Tindakan Undang-Undang Dari PUBG

Diterbitkan Mei 30, 2018 oleh Haikel Areff

Jika sebelum ini syarikat pembangun permainan video Rules of Survival (ROS) dan Knives Out, NetEase telah disaman oleh PUBG Corporation, kini tindakan yang sama turut telah diambil mereka ke atas pembangun permainan Fortnite, Epic Games.

Bluehole, yang merupakan syarikat induk bagi PUBG Corp, sebelum ini telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan persamaan di antara kedua-dua permainan video tersebut. Dan baru-baru ini, satu saman telah difailkan kepada Epic Games oleh PUBG Corp di Korea Selatan.

Giliran Permainan Fortnite Pula Berdepan Tindakan Undang-Undang Dari PUBG

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) merupakan pemangkin kepada permainan battle royale ini dan populariti melambung permainan tersebut menyebabkan beberapa permainan ‘klon’ telah dibangunkan selepas itu. Ia termasuk permainan Fortnite dan Rules of Survival (ROS).

Baru-baru ini, Epic Games telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Fortnite versi mudah alih kepada peranti Android pula selepas hanya boleh dimainkan melalui peranti iOS sebelum ini. Bagi permainan PUBG pula, PUBG Mobile sudah berada di pasaran mudah alih sejak Mac 2017.

Sekiranya PUBG berjaya memenangi saman kali ini, ia merupakan tamparan hebat buat pembangun permainan yang hampir serupa berikutan lambakan permainan battle royale telah berada di pasaran pada ketika ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY