Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gigabyte rx 6600 xt

Gigabyte Melancarkan Kad Grafik Siri AMD Radeon RX 6600 XT

Diterbitkan Ogos 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari yang lalu, AMD hadir dengan penawaran kad grafik baharu, iaitu Radeon RX 6600 XT dimana ia khusus untuk gamer yang mahukan prestasi cemerlang pada reslousi 1080p.

Disebabkan kad grafik tersebut hanya dikeluarkan oleh pihak ketiga sahaja, Gigabyte hari ini turut mengumumkan barisan siri Radeon RX 6600 XT ini.

Terdapat tiga model yang diperkenalkan, RX 6600 XT Gaming OC PRO 8G, RX 6600 XT GAMING OC 8G dan RX 6600 XT EAGLE 8G.

rx 6600 xt gigabyte

Siri GAMING OC menampilkan sistem penyejukan WINDFORCE dan ada pencahayaan RGB. Ia sesuai untuk gamer yang mahukan prestasi yang cemerlang.

Sementara siri EAGLE mempunyai rekaan unik, turut ada sistem penyejukan WINDFORCE dan cekap serta tahan lasak.

Buat masa sekarang, belum ada harga rasmi untuk barisan kad grafik ini di Malaysia tetapi akan mula tersedia bermula 11 Ogos 2021. Imbas kembali harga semasa AMD melancarkannya, ia diletakkan pada USD379 (~RM1602).

Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte

Baca juga artikel berkaitan:

  • GIGABYTE Melancarkan Unit Pembekal Kuasa Yang Dilengkapi Skrin LCD
  • Senarai Harga Siri AORUS Waterforce Untuk Pasaran Malaysia
  • GIGABYTE Menyenaraikan Model Papan Litar Mereka Yang Tersedia Dengan TPM 2.0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY