Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (21)

Tencent Dilapor Sedang Bangunkan Permainan ‘Elden Ring Mobile’

Diterbitkan Februari 7, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, syarikat teknologi Tencent Holdings Ltd. dilaporkan sedang berada dalam fasa pembuatan permainan Elden Ring untuk platform mudah alih.

Untuk pengetahuan anda, Elden Ring adalah sebuah permainan aksi RPG yang telah dilancarkan untuk platform PC dan konsol pada awal tahun 2022. Ia juga telah dinobatkan sebagai pemenang Game of The Year dan Permainan RPG Terbaik untuk tahun 2022.

Pada tahun itu juga, Tencent dikhabarkan menghubungi pihak FromSoftware untuk menubuhkan satu kumpulan dan bekerjasama dalam memasukkan permainan ini ke platform mudah alih. Namun, perkembangannya adalah sangat perlahan.

Siapa Itu Tencent? Pembangun ‘Games’ Terbesar Di Dunia

Tambahan lagi, pihak Tencent dan FromSoftware dikatakan enggan untuk memberi sebarang komen dan ulasan tentang berita lanjut mengenai projek ini kepada pihak media.

Jika Elden Ring Mobile dilancarkan ke platform mudah alih, ia akan ditawarkan secara percuma dan berkemungkinan besar akan mengubah pasaran telefon pintar.

Bagaimanapun, permainan Elden Ring untuk versi telefon pintar mungkin tidak menjadi kenyataan kerana Tencent dilihat menghadapi kesukaran untuk membangunkan permainan berkelas AAA untuk platform mudah alih.

Malah, sebelum ini juga Tencent dilaporkan membatalkan projek pembangunan permainan terbaru Nier Mobile.

Berkaitan

  • Microsoft Akan Umum Sesuatu Berkaitan Hala Tuju Terbaru Xbox Minggu Depan
  • Inovasi 'Blue Technology' Perkukuhkan Lagi Barisan Peranti vivo
  • Pelancaran Global Siri Xiaomi 14 Akan Berlangsung 25 Februari
  • Jangan Pakai Apple Vision Pro Semasa Memandu - Apple

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY