Google baru-baru ini telah melancarkan Gemini Live secara percuma untuk semua pengguna Android, tetapi ketika itu hanya tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja.
Bermula hari ini dan beberapa minggu akan datang, Gemini Live akan menyokong lebih daripada 40 pilihan bahasa untuk peranti Android. Google tidak berkongsi senarai penuh secara rasmi, namun menyatakan ia bermula dengan bahasa Perancis, Jerman, Portugis, Hindi, Sepanyol dan banyak lagi.
Gemini Live is coming to 40+ languages! It's rolling out to Android devices over the next few weeks, starting with French, German, Portuguese, Hindi, and Spanish, with many more on the way.
Soon, you'll be able to communicate, collaborate, and get creative in even more… pic.twitter.com/yP4YVFwFCr
— Google Gemini App (@GeminiApp) October 3, 2024
Pengguna boleh melakukan perbualan dengan Gemini Live dalam sehingga dua bahasa pada peranti yang sama, dan Google merancang untuk meluaskan sokongan kepada lebih banyak pilihan bahasa pada masa akan datang.
Dalam beberapa minggu akan datang, pengguna juga boleh menyambungkan kepada “alatan baharu” merentas aplikasi berbeza dalam lebih banyak bahasa.
Sebagai contoh, pengguna boleh tangkap gambar risalah konsert dan bertanyakan kepada Gemini jika ada masa terluang pada hari itu, kemudian menetapkan peringatan untuk membeli tiket.
Sumber: The Keyword
