Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
my50 rapidkl

Gangguan LRT: Pampasan Akan Diberi Dalam Bentuk Pelanjutan Tempoh Sah Laku Pas

Diterbitkan November 11, 2022 ยท Dikemas kini November 11, 2022 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah memaklumkan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya telah mengalami gangguan sistem dan mengakibatkan 16 stesen tidak beroperasi sepanjang tempoh tersebut.

Berkaitan

  • Pas Perjalanan Tanpa Had My50 Ganti My30, Mula Januari 2022
  • My50: Hanya RM50 Untuk 30 Hari Perjalanan Tanpa Had, Ini Cara Aktifkan
  • Gangguan Perkhidmatan, 16 Stesen LRT Tidak Beroperasi Selama 7 Hari

Terbaru, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan memberi pampasan kepada pengguna LRT yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan dengan melanjutkan tempoh sah laku pas.

Dinyatakan, lanjutan tempoh sah laku pas seperti My50, iaitu pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL akan bergantung kepada pihak pengurusan Prasarana. Bagaimanapun, Prasarana buat masa ini belum lagi memaklumkan berapa lama tempoh sah laku pas akan dilanjutkan.

Terdahulu, Prasarana dalam satu kenyataan menyatakan terdapat gangguan kepada komponen elektronik Sistem Kawalan Tren Automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren.

Gambar utama: MyRapid

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY