Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gangguan Perkhidmatan, 16 Stesen LRT Tidak Beroperasi Selama 7 Hari

Gangguan Perkhidmatan, 16 Stesen LRT Tidak Beroperasi Selama 7 Hari

Diterbitkan November 9, 2022 oleh Amalina Athman

Rapid KL hari ini memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih mengalami gangguan dan menyebabkan 16 stesen dari Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama 7 hari bermula hari ini, iaitu 9 hingga 15 November 2022.

Gangguan Perkhidmatan, 16 Stesen LRT Tidak Beroperasi Selama 7 Hari

Sementara itu, lain-lain stesen masih beroperasi seperti biasa, namun perkhidmatan akan ditamatkan lebih awal iaitu pada jam 11 malam, sepanjang tempoh tersebut.

Pengguna disarankan untuk menggunakan alternatif lain pada tempoh tersebut. Sebagai tambahan, perkhidmatan bas perantara percuma di antara stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park juga turut disediakan bagi memudahkan pergerakan penumpang yang terjejas daripada gangguan perkhidmatan ini.

Gangguan Perkhidmatan, 16 Stesen LRT Tidak Beroperasi Selama 7 Hari

Rapid KL dalam kenyataan semalam memaklumkan terdapat gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren. Bagaimanapun, punca sebenar bagi gangguan tersebut masih lagi dalam siasatan.

Gambar utama: wikipedia

Sumber: Rapid KL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY