Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
g fgf

Gambar Kotak HTC Desire 12 Pula Tertiris Memperlihatkan Spesifikasi

Diterbitkan Februari 20, 2018 ยท Dikemas kini Februari 20, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sebelum ini kita telah dihidangkan dengan spesifikasi penuh Galaxy S9 dan S9+, terbaru, giliran spesifikasi HTC Desire 12 pula tertiris.

Semakin hangat diperkatakan sejak seminggu yang lalu, nampaknya bocoran imej kotak peranti ini seakan-akan mengesahkannya.

Gambar Kotak HTC Desire 12 Pula Tertiris Memperlihatkan Spesifikasi

Dikutip dari Android Authority, imej yang didakwa kotak kepada HTC Desire 12 ini memperlihatkan spesifikasi penting seperti cip pemprosesan 4 Teras MediaTek, skrin paparan 5.5 inci dengan resolusi 720 x 1440 beserta RAM 3GB.

Turut melengkapi adalah kamera utama 12MP dengan ciri autofokus, sementara bahagian hadapan diletakkan kamera 5MP.

HTC Desire 12 juga dilihat menyokong dwi kad sim, dijana dengan bateri bersaiz 2730mAh dan memori tambahan sehingga 2TB menerusi kad MikroSD.

Tentang harga pula masih belum dapat dipastikan berapa nilai yang akan diletakkan.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY