Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung sensor BioActive baharu

Galaxy Watch7 Akan Dilengkapi Sensor BioActive Baharu

Diterbitkan Julai 9, 2024 oleh Amalina Athman

Menjelang acara Galaxy Unpacked, Samsung kini mengumumkan sensor kesihatan BioActive generasi baharu, yang akan dimuatkan pada Galaxy Watch7.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Acara Galaxy Unpacked Akan Berlangsung 10 Julai Depan
  • Samsung Umum Exynos W1000 Dengan Cip 3nm, Bakal Kuasakan Galaxy Watch7
  • Samsung Kenang 11 Tahun Evolusi Galaxy Watch

Menurut Samsung, sensor baharu ini akan memberikan ukuran kesihatan lebih tepat berbanding versi asal dalam siri Galaxy Watch6 serta membolehkan ramalan dan pencegahan dilaksanakan. Ia akan menggandakan prestasi penerimaan fotodiod sedia ada serta menambah LED Biru, Kuning, Violet dan Ultraviolet.

Dengan penambahbaikan ini, ia membolehkan sensor BioActive baharu mengukur lebih tepat metrik kesihatan seperti kadar denyutan jantung, kualiti tidur, tekanan darah, tahap oksigen darah dan tahap tekanan. Malah, pengukuran kadar denyutan jantung semasa latihan intensif adalah 30% lebih tepat berbanding dengan pendahulunya.

Sementara itu, Samsung berkata ciri pertama dengan sensor BioActive baharu termasuk indeks Advanced Glycation End Products (AGEs) – penunjuk kesihatan metabolik dan penuaan biologi, yang dipengaruhi oleh gaya hidup dan tabiat pemakanan pengguna.

https://www.youtube.com/watch?v=snMLajaf0tc

AGEs, seperti yang dijelaskan oleh Hellodoktor, adalah kumpulan sebatian yang ditinggalkan dalam tubuh manusia selepas proses metabolisme yang biasa. Dalam kuantiti yang tinggi, sebatian ini akan memudaratkan kesihatan dan menyumbang kepada masalah kesihatan seperti penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, diabetes, Alzheimer dan sebagainya.

AGEs juga dianggap oleh sesetengah profesional perubatan sebagai penanda bagi keseluruhan kesihatan seseorang.

Dengan menyediakan indeks AGEs, ia akan memberikan gambaran umur biologi pengguna untuk membantu membuat keputusan tentang perjalanan kesihatan dan mengambil inisiatif ke arah masa depan yang lebih sihat.

Menurut Samsung, penambahan indeks AGEs hanyalah salah satu daripada banyak ciri lanjutan baharu yang dirancang untuk Galaxy Watch akan datang.

Bagaimanapun, ketersediaan ciri ini mungkin berbeza mengikut pasaran, seperti yang sering berlaku dengan ciri kesihatan baharu. Sehingga itu, nantikan acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung esok, jam 9.00 malam waktu Malaysia.

Sumber: Samsung Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY