Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Kenang 11 Tahun Evolusi Galaxy Watch

Samsung Kenang 11 Tahun Evolusi Galaxy Watch

Diterbitkan Julai 9, 2024 · Dikemas kini Julai 9, 2024 oleh ariff bukhari

Sebelum melancarkan jam pintar Galaxy Watch baharu yang dijangka akan diperkenalkan pada 10 Julai 2024 nanti, Samsung mengenang kembali 11 tahun evolusi jam tangan mereka.

Samsung pertama kali memperkenalkan Galaxy Watch pada September 2013 dahulu yang mula dikenali dengan nama Galaxy Gear.

Samsung Kenang 11 Tahun Evolusi Galaxy Watch
Jam pintar pertama Samsung, Galaxy Gear.

Tapi pada tahun berikutnya, mereka menukarkan namanya kepada Gear S yang disusuli dengan Gear S2 dan Gear S3.

Kemudian pada tahun 2017, Samsung tukarkannya pula kepada nama Gear Sport. Hanya bermula dari 2018, barulah Samsung menjenamakan jam pintar mereka sebagai Galaxy Watch.

Samsung Kenang 11 Tahun Evolusi Galaxy Watch

Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy Watch 7 serta barisan produk lain  seperti telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Flip6 dan Z Fold6 pada acara Galaxy Unpacked 2024 esok yang boleh ditonton menerusi siaran rasmi YouTube Samsung yang akan bermula pada jam 9.00 malam (waktu Malaysia).

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Samsung Lancar Storan SSD Berkapasiti Tinggi Pertamanya, Berpotensi Cecah 122.88TB

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY