Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cip Samsung Exynos W1000_5

Samsung Umum Exynos W1000 Dengan Cip 3nm, Bakal Kuasakan Galaxy Watch7

Diterbitkan Julai 4, 2024 · Dikemas kini Julai 4, 2024 oleh Amalina Athman

Menjelang acara Galaxy Unpacked pada 10 Julai, Samsung kini mendedahkan butiran mengenai cip Exynos W1000, yang dijangka akan menguasakan jam pintar terbarunya nanti, Galaxy Watch7.

Berkaitan

  • Samsung Perkenal Jam Pintar Kelas Permulaan, Galaxy Watch FE
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Acara Galaxy Unpacked Akan Berlangsung 10 Julai Depan
  • Rekaan Samsung Galaxy Watch Ultra Dan Buds3 Didedahkan

Dibina dengan nod proses 3nm, Exynos W1000 menggunakan fan-out panel-level packaging (FOPLP) untuk menawarkan pelesapan haba yang lebih baik, serta mengintegrasikan LPDDR5 RAM, storan eMMC 32GB dan IC pengurusan kuasa pada pakej yang sama untuk meningkatkan kecekapan.

cip Samsung Exynos W1000_1

Cip ini menampilkan CPU 5-teras dengan Cortex-A78 (1.6GHz) dan empat teras Cortex-A55 (1.5GHz). Menurut Samsung, seni bina baharu ini membawakan prestasi lebih pantas berbanding Exynos W930, dengan penanda aras tunggal dan berbilang teras masing-masing menunjukkan peningkatan sehingga 3.4x dan 3.7x.

cip Samsung Exynos W1000_2

Walau bagaimanapun, Exynos W1000 mempunyai GPU ARM Mali-G68 MP2 yang sama seperti model lama, yang menyokong paparan sehingga 960 x 540 piksel.

Cip ini juga membawa sokongan enjin paparan 2.5D always-on display (AoD). Lain-lain termasuk sokongan sambungan Bluetooth LE, NFC, 4G LTE, Wi-Fi b/g/n, GPS dan sebagainya.

Penambahbaikan dalam cip Exynos W1000 baharu dijangka akan memberikan peningkatan ketara dalam jangka hayat bateri.

Tidak perlu menunggu lama, nantikan 10 Julai ini untuk pelancaran rasmi Galaxy Watch7 yang dijangka turut akan disertai bersama barisan produk lain termasuklah Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cllcpus
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cllcpuq

Sumber: Android Authority, Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY