Galaxy A33 5G, Peranti Pertengahan Harga Tak Berapa Marhaen

Pada pertengahan bulan Mac yang lalu, Samsung telah melancarkan barisan telefon pintar bagi siri Galaxy A. Salah satunya adalah Samsung Galaxy A33 5G.

Antara kelebihan utama bagi model Galaxy siri A ini adalah ia dilengkapi dengan paparan skrin Super AMOLED besar bersaiz 6.4inci dengan kadar segar 90Hz.

Malah resolusinya juga tinggi iaitu 1080 x 2400 piksel (411 ppi).

Walaupun dikategorikan sebagai peranti pertengahan, Galaxy A33 5G tetap dilengkapi dengan 4 kamera di belakang sepertimana siri Galaxy A yang lain.



Untuk kamera utamanya ia dilengkapi dengan kamera 48MP, kamera makro, kamera bersudut lebar dan kamera bokeh.

Sementara kamera swafoto pula adalah 13MP.

Samsung menawarkan siri A ini dengan sistem Android terbaru iaitu Android 12 dengan antaramuka One UI 4.1 terkini.

Malah Samsung mengiklankan bateri 5000mAh peranti terbaru mereka ini berupaya beroperasi sehingga 2 hari selepas dicas penuh.

Cuma mungkin sedikit mengecewakan peminat bagi Galaxy A33 5G ini adalah ia dijana oleh cip pemprosesan Exynos 1280 yang baharu diperkenalkan.

Jadi prestasi sebenar cip ini masih menjadi tanda tanya pengguna.

Begitu juga dengan rekaan Galaxy A33 5G yang seakan hampir sama sahaja dengan barisan Galaxy A-nya yang lain.

Jadi nak membezakannya dengan siri A yang lain adalah sedikit sukar.



Pilihan model juga terhad di mana ia hanya ditawarkan dengan spesifikasi RAM 8GB dengan storan 128GB sahaja.

Untuk spesifikasi itu, Galaxy A33 5G dijual pada harga RM1,499.00 untuk pasaran tempatan.

Harga itu mungkin sedikit tinggi dari apa yang diharapkan pengguna daripada spesifikasi yang ditawarkan.

Tetapi walau apa pun, nantikan ulasan penuh dari kami tentang Galaxy A33 5G pada minggu hadapan.

Baca juga: